Friday, September 17, 2010

Presenting 'Putri Irdeena Aliyya bt Md Shalim'


Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim dilahirkan pada 19 Januari 2009.
Putri Irdeena Aliyya pulak dilahirkan pada 26 Mac 2010.... haa... express x??? bertahun-tahun takder anak... sekali dia bagi, tetiap tahun.. errr buat masa ni cukup ler 2 orang ni dulu.. x larat tetiap tahun kena operate... kekdahnya kalau sepuluh org anak... sepuluh kali gak kena operate.. kalau murah tak per gak... ni leh buat down payment keter ngan umah..

Lagi 9 hari genap umur Aliyya 6 bulan... ibunya tak ada masa nak update the blog... siannn Aliyya... muka Aliyya pun sedih jer.. ni gambar masa last raya baru2 ni... buat sikit kenduri doa selamat utk Aliyya...


Aliyya dilahirkan cukup2 9 bulan, border line utk bersalin, so dia lahir dengan size yang agak kecil @ 2.5kg compared to the brother 2.9kg. Aliyya lahir pada pukul 11:43 pagi, hari Jumaat. Petangnya doktor masukkan dia ke ICU sebab heartbeat dia terlebih laju. So selama 3 hari Aliyya dalam ICU... keluar ICU, Aliyya kena kuning pulak.. hari ke-8 baru doktor benarkan Aliyya balek. Seminggu lepas tu, Aliyya dimasukkan semula ke wad selama 4 hari sebab kuning dia tak kurang2. Balek rumah seminggu then lepas tu masuk balek wad lagi selama 6 hari... kekdahnya minah ni asek kuar masuk spital jer laaa.. dah ler badan ceconet jer.. pehtu ari2 kena amek darah kat tumit dia.. sampai dah takder tempat nak amek darah dah kat tumit dia tu..

Hajat di hati nak breastfeed dia, tapinya minah ni nampak jer kecit tapi kuat menyusu... so kena tambah ngan susu tepung... tu yang terus 'kembang' tu... disebabkan per'kembang'an yang terlalu drastik, the whole family panggil dia KEMBANG.... sian anak ibu.. nama dah sedap.. tapi orang panggil dia KEMBANG.. kalau panggil dia Aliyya, dia nak tak nak jer toleh kat uols.. tapi kalau panggil KEMBANG... humanggg laju jer dia respond... siap senyum simpul lagi.. la ni dah pandai gaduh ngan abang dia.. siap tendang2 lagi... masa dia kecit, abang dia selalu buli dia.. la ni dia pulak buli abang dia... sah2 laa kaki si kembang ni lagi besar dari kaki abangnya uols..


Lepas ni kisah merempit Aliyy dan Aliyya..