Tuesday, February 27, 2007

Akak kena tagged oleh itu Makincik

Pagi tadi akak dapat e-mail dari seseorang, tajuk e-mail tu Elle has Tagged you! :)

Dapat jer e-mail tu, akak dok terfikir, apa ke mender tagged ni.. dokla menebeng kat blog oghang, nak nengok contoh2 tagged ni.. pehtu dok fenin nak carik idea nak tulis apa... so, disebabkan tak banyak benda yang akak nak sharekan.. 5 benda paling akak suka ngan 5 benda yang paling akak benci, kira cukuplah ekk.. bebanyakpun buat penat tangan menaip jer.. muahaha, bleh gitu... [jgn marah eh makincik, nanti muka cepat berkedut]

Akak nak mulakan dengan 5 benda yang paling akak suka:

1. Apa-apa benda yang "SURPRISEEEEEEEEE"...
Akak sampai ler ni dok mengharap asben akak buat something yang boleh menyeperaiskan akak.. tapi nan ado kekdahnyer..

Pernah sekali [sib bek sekali jer] akak kecit ati ngan department akak [ex-department sbb dah pindah dept lain] sebab ada 2-3 hari tu staff2 department akak macam memencilkan akak [wah, 'memencil' katanya], pehtu doklaa sok-sek, sok-sek... sentap tak bila kita datang jer tetiba dia org diam.. rupa2nya dia org nak arrange kan surprise birthday party kat akak.. selalunya bab2 party ni akak yang jadi leader nyer.. takan leader nak buat party sendrik kan.. nampak sangat gila kuasa tahap gaban kan... so kira sentap akak tu berbaloi la jugak kan.. 'berapa banyak kan daaa...' kat department sekarang, takder saper dah nak buat mende2 ni....

2. Dapat souvenir @ cenderahati [dlm bahse melayunyer]
Bab-bab sebenir ni akak tak kira harga... yang paling akak suka tak hengat kalau ada orang sudi bagi kat akak pen/pensil dari hotel2 tempat dia orang menginap masa otstesen.. sukanya takleh imagin.. tahap gaban pun kalah uols... so sekarang ni akak ada koleksi pensil la mostlynyer.. pen tak baper nak banyak.. nak pegi takat dalam mimpi bolehlahkan.. so dapat simpan pensil pun kira oklah tu... 'oh tohan.. fenat dah menaip, baru 2 jer'

3. Suka gubah bunga
Yer.. akak ni kira minah bunga jugakler.. kat opis akak ni, depan belakang ada bunga. Tapi BUNGA PLASTIK SAHAJA. Kenapa bunga plastik? Sebab bunga plastik ni tak payah nak siram air, tak payah nak bagi baja. Sekali susun, leh simpan 2-3 tahun.. sesekali jer kalau rajin sapu sikit habuk2 kalau ada. Kalau idea tengah ada, tetengah malampun akak sanggup bersengkang mata gubah bunga. Tapi kalau korang bagi akak bunga idup, dalam masa 2 minggu, sure bunga tu mati. Akak malaslah nak jaga yang idup2 ni.. payah.. Pernah sekali dalam bulan puasa, sementelah akak takleh nak puasa, tetengah azan Maghrib tu akak dok borong bunga tak hengat. Tinggi bunga ngan akak dah lebih kurang jer.. sampai rumah, asben akak geleng kepala ..

4. Suka tak hengat kalau dapat beli kasut saiz 3
Boleh gitu....? Akak ni tak ler mampu nak tempah kasut kat Dato' Jimmy Choo tu haa.. kasut2 branded pun kalau terlebih bonus jer.. lagipun rasa rugi ler beli kasut mahai2 pehtu dahh takleh pakai. So bila akak nampak jer kasut saiz 3, walaupun patternnyer ngalahkan makcik joyah nak pi pasar jer kekdahnyer.. akak terus beli uols 'tapi bersesuaian ngan bajet akak gak laa'. Saiz yang paling sedap dipakai oleh akak ialah saiz 3 ya uols. Saiz yang paling payah nak dicari @ saiz kekanak @ saiz ala2 Cinderella. Masa akak nak beli kasut utk main futsal aritu, sampai jer kat kedai kasut tu akak terus mintak saiz kekanak tapi paling besar punya 'ada ati tu mintak paling besar'. Bila pakai, hualohhh..., terbesar jugak... mintak second besar baru okkeh...

5. Sampai kat rumah, lampu dah terpasang
Mender lak tu... yer uols, fenat macam manapun akak, tapi bila sampai rumah tengok lampu kat rumah dah on.. otometik akak akan hilang fenat, sukaaa sesangat. Maknanya asben akak dah sampai rumahlah kiranya. Ataupun kalau musim cuti sekolah, mak ngan anak2 sedara akak ada kat rumah. Tapi jaranggg sesangatlah uols.. dah sah2 akak balek sama ngan asben akak. Saper lak nak nolong on kan lampu? Tu yang bila sampai rumah, nampak gelap jer.. badan fenats lagi bertambah2 fenat rasanya... :(

5 benda yang paling akak tak suka pulak ekkk... 'fenatler akak nak mikirnyer makincik wehhh'

1. Susunan hanger @ penyangkut baju
Haa, jangan gelak.. tutup mulut tu.. yer uols... akak amat pantang kalau susunan hanger dlm almari mahupun dalam baldi tak sama kalernyer.. 'humang dalam baldi pun berkira' . Untuk dalam almari, kaler hanger akak utk baju kurung atau kebaya atau yang sewaktu dengannya adalah hanger kaler hitam.. 'diulang kaler hitam sahaja' tidak ijo, tidak merah... utk blouse pulak hanger mesti kaler merah.. baju2 asben akak pulak hanger mesti kaler kuning. So kalau kuning tetiba pegi ke hitam, hitam pegi ke kuning.. akak akan sentap @ naik hangen tak semena-mena. Yang dalam baldi tu pulak hanger yang akak gunakan untuk keringkan baju. Pun ada 2 kaler, oren ngan biru.. so bila susun tu mesti oren.. oren jer.. takleh campur2 kaler.. serabut la kepala kalau tengok campur2 kaler tu.. asben akak dah faham sesangat dah.. bila akak jeling jer ke hanger2 tu, mesti ada kaler yang tak betoi..

2. Susunan baju
Yang ni tatau ler sejak bila akak berkiranya.. kalau sidai baju ke.. lipat baju ke.. akak akan make sure kalau lipat baju tu mesti samaaa jer saiznyer.. takleh terlebih besar atau terkecil.. mesti samaaa jer.. kalau sidai kain pulak... dari yang paling panjang hingga yang ke paling pendek.. mesti ikut saiz kepanjangan 'habislah bahasa melayu akak rosakkan arini'. Tapi bab lipat kain tu akak rasa akak dah terbiasa tengok mak sedara akak [arwahnya] kot, sebab dia kalau lipat kain mesti sama saiz, siap lipat balik kalau tak betoi.. mak akak sampai la ni tak kuasa nak lipat kain, sebab akak akan bukak dan lipat balek sampai sama saiz dan tersusun.. 'ni dah kira kronik ke makincik? Belum lagi kan?'

3. Akak paling tak sukaaaa pada ular, lipan ngan cacing
Korang ingat tak masa kesah ular2 besar dulu tu.. alaaa masa citer Anaconda tengah famos dulu tu.... pehtu banyak plak citer orang jumpa ular beso2 kat kebun getah la.. kat ladang la.. 'masa menaip ni akak dah jenguk2 kat bawah meja ni, takut2 ada ular, bleh gitu?' Ada sekali tu, tetengah akak jenjalan kat opis nak distribute barang, tetiber kawan akak buat bunyik ular, haa kau.. akak menjerit tak hengat... satu department dok tengok kat akak... cacing tu pulak akak geli 'nak menaip nama cacing jer akak dah meremang bulu roma'. Lipan tu plak akak takut aaa.. kalau nak ikutkan lipan tu bukannya beso pun kan.. tapi tobat akak tak berani uols.. akak lebih rela jerit tak hengat dari nak pi ambek pisau ke parang ke nak bunuh lipan tu.. 'humang parang uols'

4. Apa2 yang berkaitan dengan air 'kecuali air minuman'
Sungai mahupun laut... akak suka tengok jer, tapi nama akak nak terjun mandi.. jangan ko harap. Tengok laut jer kengkadang akak leh rasa macam nak lemas.. inikan pulak nak mandi.

Lagi satu, bath tub.. kalau duduk kat otel takder bath tub akak tak kecit ati uols.. kalau ada tapi tak berani nak guna.. wat mendernyer.. pakai shower jer.. tu pun kengkadang leh rasa nak lemas gak..

Air terjun akak suka, tapi suka dok tepi sambil rendamkan kaki kat dlm air. Mandipun make sure airnya takleh lebih dari paras peha... muahahaha.. takat pinggang kalu, akak blah dulu.

Swimming pool, lagi ler akak tak menat, kalau adapun akak layan yang kekanak punya.. nak bagi jangan malu sangat akak bawak ler anak sedara akak yang kekecit tu.. kekonon layan dia org, tapi sebenarnya akak yang nak main.. muahahaha... 'yayyy... dah no. 4, bila nak abis ni'

5. Ambil barang tak reti nak letak elok2
Akak ni memang pelupa, tapi satu jer yang akak akan selalu ingat. Kalau ada orang sentuh barang2 akak, insyaAllah akak akan notis punya. Dahler pinjam barang kira tak bagi tahu, pehtu letak sesuka hati sesedap rasa dia jer kan.. sure akak akan sentap pehtu hangen tak hengat punya..

Alhamdulillah, abis gak mender alah ni... lepas ni kalau ada masa akak nak citer pengalaman akak 'jalan2 cari banjir' di Johor. Pehtu hobi terbaru akak iaitu main futsal... tapi tatau ler bilanya.. idea payah nak datang...