Tuesday, September 13, 2011

Kembar Tak Sebaya



masa ni Aliyya baru 3 bulan kot

terserlah kebotakan masing-masing



raya last year.. rambut Aliyya macam tu gak laa



payah sungguh rambut dia nak lebat.. siannnn

Monday, September 12, 2011

Ratu Muslimah


bahaya ni, takbleh diamalkan selalu.. fesyen jenis apa ni? ni sepupu dia buat projek ler ni


kesian anak ibu, kena jadi mangsa model tudung




ni tudung rekaan Abah



Tetiba datang mood nak upload segala gambar..








Aliyya Si Ratu Kepak Ayam


Gambar 1


Gambar 2

Salah satu feberet food dia.. ayam goreng esp. kepak or peha ayam...

Entah bila ler rambut si kembang akak ni nak lebat.. kempunan nak buatkan dia tocang...

Friday, September 09, 2011

Rentetan kewujudan Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim...


dok belek-belek kat draft, ternampak entry ni dalam folder draft... memang ler dah berzaman citer ni.. tapi blog saya, suka hati sayalah kan bila nak publish.. at least bila dah tua nanti [kalau panjang umur laa] boleh gak ditengok balek... kenangan tu...


10 June 2008


Akak participate 'Bursa - So U Think You Can Dance? Ada hati masuk dance competition.. main redah jer, bukannya ada cikgu yang ajar... rasa ok, blasah jer.. tu yang tak menang tu.. err macam ler akak ni pandai sangat menari pun.. masa nak tunggu giliran, badan dah sejuk macam ais.. lepas menari badan akak berpeluh tak hengat mengalahkan mandi.. pektis almost a month... tapi takder rezeki... :(


11 June 2008


Pergi jumpa doktor - ingat nak amek mc. Badan rasa tak sedap, malam sebelumnya siap pitam lagi. Mungkin tempias dari kepenatan join dance competition..


Tatau kenapa, doktor suruh buat urine test.. mungkin sebab akak mention kat doc yang akak pitam, akak memang tak mengharappun.... harap dapat mc jer.. muahahaha.. lepas 2 minit, dua-duapun surprise gila bila tengok test tu positive.. 2-3 kali akak tanya doktor tu.. betul ke... bleh?? then buat scan, doktor kata nak masuk 6 minggu.. sebelum ni akak penah conceive 2 kali... sekali nak masuk 6 minggu gak then pastu baru nak masuk sebulan.. tapi takder rezeki.. :(

11 Julai 2008


Attend Annual Dinner organised by company tempat akak bekerja.. balek dari dinner, akak terima pengakuan dari seseorang yang begitu mengejutkan akak.. pengakuan apa..?? biarlah akak jer yang simpan sampai mati.. yang pasti pengakuan itu telah membuatkan hidup akak huru-hara, kerjaya akak hampir musnah.. nasib baik baby akak selamat dilindungi oleh Allah... kalau tidak.. mungkin akakpun dah takder kat dunia ni rasanya... ok stop citer sedih tu..


30 Ogos 2008


First time pegi check-up di Pusrawi... jumpa Doktor Salleh... belum apa-apa baby dah 'sujud @ menyongsang'... tapi kata doktor takper mungkin dia akan pusing balek... insyaAllah...



Nota: abang ipar + biras akak dok rekemen kat sini sebab abang ipar, anak dia dan sorang lagi anak sedara asben akak memang kejer kat sini... so kalau apa-apa senang dia orang nak jenguk..


September 2008 [dah lupa exact date]


2nd time pegi check-up - kali ni doktor kata baby dah dalam keadaan normal... tak sujud lagi.. legaaaa... development dia so far ok, tak over...


Oktober 2008 [pun dah lupa gak]

3rd time pegi check-up - doktor kata baby dah menyongsang balek.. ermmm.. itu jer lah kejer baby akak.. sat2 normal, sat2 nyongsang... tapi yang penting sihat.. development still normal... masa ni doc dah bagi hint, may be kena buat c-section disebabkan structure badan akak yang tak mengizinkan utk bersalin secara normal..


19 Januari 2009 [citer katun sket]

Normal check-up, lebih kurang pukul 11 pagi...


Barang2 dah standby dalam keter walaupun due date doktor kata 6 Februari... selalu doktor tu peksa sekejap jer.. asek2.. 'ni kepala dia.. ni tulang belakang dia.. bla.. bla.. bla..' tak sampai 10 menet.. dah habis.. kena tunggu nak jumpa dia berjam-jam... tapi aritu, lama sket.. lepas scan dia bleh cakap... 'jangan terkejut tau..' lerrr.. lagi ler kita saspen.. pastu dia kata.. 'saya nak awak masuk wad arini..' akak selamba jer tanya, 'apsal plak doktor?' sebab akak baru nak nego ngan doktor tu kalau kena c-section, boleh tak buat on 2 Februari sebab date dia cantek, bleh??? muahahaha.. lagipun akak tak rasa saket sangat, sikit2 jer.. leh drive lagi..


'lagi satu saya rasa kita proceed c-section petang atau malam ni depend pada OT [bukan overtime, tapi bilik bedah], available jer kita proceed... nak tunggupun tak guna, awak memang kena buat c-section gak, uripun dah matang, air ketuban dah nak kurang.. pukul 12 ni awak start puasa..' akak rasa nak jatuh jantung masa tu... dahler pagi tu bekfes makan sandwich tuna jer.. ni mesti kes doktor ni nak elak kena datang masa cuti raya cina.. mana tau masa tu akak saketkan.. so dia sajalah cepatkan.. muahahaha..


Masuk wad, lepas tukar baju, nurse datang untuk prepare akak masuk OT. Settle semua, maka ektibiti menalipon dan smspun bermula.. asben akak call adek-badek akak, akak plak call ofis ngan kengkawan... sampai nak habis kredit... kalau enfon tu leh bercakap, mesti dia kata.. 'weiiii penatla asek dengo conversation yang samaaa jer ayatnya, takder benda lain ke..


Lebih kurang pukul 3 ptg.. nurse datang sorong katil nak pi OT.. akak bleh tanya 'apsal cepat sangat, bukan malam ni ke?' akak dah cuak dah masa tu.. then nurse tu kata.. doktor suh proceed sebab bilik OT dah kosong.. hualohhhhh... then akak dengar asben akak call mak akak bagi tau dia akak nak masuk OT.. akak leh dengau mak akak menjerit.. 'ya Allahhh... anak akuuuu...' macam ler akak ni ada penyakit kronik jer kekdahnya..


Lebih kurang pukul 3:15 pm akak masuk OT, sebelum tu sempatlah mintak ampun ngan asben... manalah tau kan.... masuk bilik OT tu nampaklah segala gunting, pisau bagai.. akak tak penah masuk opsital ye deknon... ngeriiiii.... then doktor bius dok explain kat akak.. bla.. bla.. bla.. tapi akak leh tanya.. 'doktor, asben saya takleh masuk ke?' rules kat pusrawi.. kalau bersalin normal, asben leh masuk.. tapi kalau c-section, ko tunggu jer la kat luar..


Anak akak tak menyongsang ya uols.. tapi menyendeng.. [obligue (/) di sebelah kanan akak] dan dengan erti kata lain memang tak boleh keluar secara normal. Masa Dr Salleh nak tarik dia keluar, dia terpaksa mintak tolong nurse dan doktor bius tu tolong tolakkan... payah jugaklah nak kuarkan budak tu.. dan akak boleh rasa masa dia tarik baby akak.. dan lebih kurang pukul 3:48 pm, maka lahirlah putera akak yang 'terpaksa' akak tunggu selama 12 tahun akan kelahirannya... doctor yang sambut diapun dok canang kat dlm OT tu 'baby ni mak dia kena tunggu 12 tahun tau...'


pastu tatau dia orang bawak baby akak tu pi mana.. sampai akak tanya kat nurse tu mana baby... rupanya baby akak di bilik sebelah... lebih kurang 4:30 pm, akak keluar dari OT.. sekejap jer akak rasa..




Beberapa jam selepas dilahirkan


Walaupun mendapat tentangan hebat dari akak dan biras akak, tetapi disebabkan kuasa veto berada di tangan asben akak [dah sah2 dia yang pi register kan nama anak akak tu kann...] maka asben akak telah menggunakan segala kuasa yang ada untuk menamakan putera kami 'Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim'.


La ni anak akak tu ada beberapa nama...

~ Keluarga biras akak panggil dia Ncup, sempena citer Endon yang dia orang suka sangat follow tu..

~ Abang sulung akak panggil Engku Cik [nama singkatan untuk Tengku Kecik - entah mana datang darah kerabat tu pun akak tatau]

~ Emak akak panggil dia 'Jantan'.. sebab payah sangat nak dapat cucu lelaki.. dari sepuluh orang cucu.. ada 3 orang jer yang lelaki

~ Sepupu2 akak panggil dia Aliyy; and last but not least

~ Akak panggil dia 'SAYANG' jer... abis citer..


the latest nama Aliyy, ADAN.. sbb opahnya kata nama dia tu tak sesuai.. so opahnya telah menggunakan segala kuasa veto yang ada untuk mengubah nama Aliyy kepada SHAHADAN.. atau nama singkatannya ADAN.. tapi dalam surat beranak still Aliyy Akhbar Husseini laaa...


begitulah sedikit sebanyak citer Aliyy... citer Aliyya lebih kurang sama gak.. tapi Aliyya banyak citer sedih.. malas nak ingat balek..