Tuesday, August 15, 2006

Karaoke session version tak hengat donia..

dari kiri: Ban, Kak Da, Aza @ Pn. Pengerusi, Salbita dan kanan sekali Ayu, yang tang tengah pakai baju oren tu pepaham jer laa ek.. 'nazeha takder dlm ini gambar, sebab dia balek awai'

Sorry la deknon sekalian, akak terlambat nak post entry ni. Kalau korang amat-amati date kat gambo tu, 4 Ogos 2006, aritu bersamaan dengan ari Jemaat. Yaa deknon ari Jemaat.. akak ngan geng2 yang akak kenai semasa study kat UiTM Manjung, Perak pergi 'melalak @ karaoke' di Redbox kat Sogo nuuu... kalau korang tanya naper ari Jemaat.. jawapannya sebab tarikh tu jer laaa yang sesuai.. itupun entah baper kali tukar dah date tu.. memula sipolan ni boleh, sipolan tu pulak takbleh.. e-mail jangan citerlah panjangnyer. Lagi satu, memula plan ni we all sepatutnya pergi main bowling. Entah macam mana Pn Pengerusi menyuarakan cadangan pergi karaoke jer.. jimat dan semua orang leh join. Akak bab2 bowling ni, takat masukkan bola tu ke longkang teror laaa.. nak score jangan kau mimpi ala2 CT Sarah.. muahaha.. then sebelum ni pun we all pernah gak buat karaoke session kat Bangsar [sib bek pn pengerusi pilih Sogo, kalau idak mau akak sesat nak cari jalan ke Bangsar nuu.. dulu tu asben akak yang nganto, tak apa ler.. ]

Ni nak citer sket pasai UiTM Manjung ni, dulu panggil ITM jer. Ler ni tempat tu pun dah tak pakai dah, sebab dia orang dah pindah ke Sri Iskandar kekdahnyer. Bila we all dah abis study, banyak pulak development kat Manjung tu.. dulu kat situ ala2 gurun jer kekdahnyer. Saper2 yang nak pi dating boleh ler pi Pekan Lumut ataupun kalau nak jauh sikit Pekan Ipoh.. opppss Bandaraya Ipoh [masa tu blum Bandaraya ya deknon]. Tapi kalau nak romentik + banyak sket belanja leh pegi Pulau Pangkor. Errr akak pun penah la skali date kat Pangkor tu haa... 'kekecit dah pandai ngedet2 ni..'

Ok, berbalik pada 'melalak session ni' patutnya we all jumpa pukul 11 kat Sogo. Tetiber pagi tu akak ada hal, then kena pegi bank ler plak.. dedekat pukul 1 tengahari baru nak sampai. Satu session 3 jam, kira masa akak sampai tu, dia org dah start melalak dekat2 nak 2 jam dah tu..

'si ayu yang vogue'

Masa akak sampai si Ayu tengah konker mikropon.. masa kat Bangsar dulu dia sopan jer sebab dia dtg waktu keje siap pakai baju kurung rasanya.. ke baju kebaya.. lupa plak. So kali ni macam balas dendam laa.. nyanyi tak hengat punya... akakpun takat pandang jer la.. maklumlah baru sampai, penat pun tak ilang lagi. Mood nak nyanyi pun blum mari lagi daaa sebab perut lapo laa tak makan lagi..

Dan seperti biasa, juara konker mikropon kita, miss Ban.. [sore pun dah tak baper nak keluo dah]. Tapi cik Ban kita ni memang spoting, dia tak kira lagu apa.. kalau dia rasa dia nak nari.. dia nari jer.. masuk rentak ke idak.. itu citer lain.. yang penting dia layannnn ala2 fara fauzana... baguih budak tu... anak saper la gamaknyer yekk..

'dia org ni skali tengok mcm samseng kampung dusunpun ada'

Aza @ Pn pengerusi kita seperti biasa dengan gaya ala2 anggunnya.. walaupun dua2 anak dah masuk skolah.. emmm aritu jarang plak pn pengerusi enterprem nyanyi.. dia lebih banyak pot-pet jer.. [oh ya deknon, sambil2 we all berkaraoke, ada juga sesi kaunseling... dan ada juga sesi jualan langsung.. kelesss kan!!]

'puan pengerusi yang vogue w/pun dah ada anak teruna'

Dedekat nak pukul 2, ada ler budak Redbox tu datang impom kata sat lagi kena keluo. Budak tu nak kata lelaki tak lelaki, nak kata pompuan pun tak pompuan. Korang fikir sendrik la ekk. So, Aza pun tanyalah we all nak sambung ke nak balek. Akakpun dengan pantas kata nak sambung 'sebab akak kira macam baru jer nak nyanyi'. Then budak tadi tu punyalah serius kata bilik dah penuh pehtu kalau nak sambung we all kena jadi member kat situ. Lebih kurang gini la dialog dia:


Budak : bilik dah penuh kak. Kalau nak sambung kena jadi member dulu [muka dia serius giler]
Akak : nak jadi member kena bayo baper dek... [dlm hati dup-dap2, takut ribu-riban regernyer]
Budak : 5 hengget jer kak
Akak: lerrr.. 5 hengget jerrr.. mana borangnyer, meh sini akak isikan.. [fuhhhh.. lega.. leh sambung nyanyi, tapi apa kes, ari Jemaat pun leh bilik penuh]

So we all pun sampung lagi 3 jam. Masa ni akak pulak nyanyi tak hengat donia. Dari lagu balad ke lagu rock, lagu dangdut pun akak layan.. [kalaula somi akak tahu, sure dia gelak guling2 ataih lantai]

Si Salbita ni [akak panggil dia 'Alang'] suka enterprem bila lagu yang dia berkenan jer laa.. bila lagu entah apa2 dia banyak senyum pehtu join sesi kaunseling. Akak ngan Ayu tak layan kaunseling... we all layan nyanyi jer..

'dia ni pun sweeet jer w/pun anak dah 3'

Tapikan deknon, dalam banyak2 lagu.. bila tiba jer lagu Shakira 'Hips don't lie' semua diam kau.. terus stop nyanyi... pasai apa!!! sebab semuapun tak pernah tengok video clip lagu tu.. humangggg seksi @ seksa giler.. so we all pun pakat melopong jer la depan tv tu.. dah habis lagu tu baru layan balek.. dari lagu2 Anuar Zeng, Jamal Abdillah, sampaila ke zaman Ibnor Riza kekdahnya.. Langit Ke Tujuh.. Kekasih Awal dan Akhir semuapun we all layan..

Pehtu bila dah nak dekat pukul 5, staff Redbox datang kata masa dah nak habis.. kali ni budak yang lain pulak. Tapikan sesi ni tak habis di sini jer.. we all sambung pulak sesi pot-pet2 kat food court. Memasing dok impom somi kata balek kul 5.30 ke 6 ptg. Macam2 gosip ler yang kuo... dari zaman study sampailah ke citer kawen CT ngan Datuk K .. jam dah pukul 6 ni.. ingat nak beransur dah.. elok agak2 nak gerak.. ada jer gosip lain yang keluo.. duduk balek.. pehtu dah dekat 6.30 kena ler beransur.. kang lepas ni tak dapat permit lak kang.. memasing tak reti2 nak balek ghumah..

Sebelum balek akak ngan asben sempat lagi cuci mata sebab masa tu Sogo ada sale.. patutnya esok tu akak ada sesi karaoke kat Bangsar pulak, tapi sore dah tak baper nak keluo. Duduk ghumah jer la nampaknya..

nota kaki: mintak mahap ler yer.. gambo nyer tak baper lawa...

Tuesday, August 08, 2006


[terima kasihlaa kat tuan punya gambo ni, tatau ler saper... main cut & paste jer.. ]

Mentari Jingga, 7 Ogos 2006, Episod 13

Marah ada, geram pun ada.. akak rasa tertipu lak tetiber.. dah sah2 minggu lepas tertera kat situ "EPISOD AKHIR".. tup2 smalam ada lak sambungan citer tu lagi... tapi yang buat akak lagi geram bukannya apa, kata episod 13, tapi citer2 flashback jer yang banyak.
Episod smalam dimulakan dengan adengan Faris jumpa Ben [dokla tunjuk adengan yang dah tunjuk.. wat mender sampai la ke adengan Faris kena tikam.. tak ke buang masa jer tu.. tapi akak layan jugak.. fanatik memang gitu ler kekdahnyer]

Farid ajak Cat dan Mak Long balek kampung untuk mulakan hidup baru. Biar jauh dari Walid and esp Umi. Farid takmo Walid dan Umi bergaduh sebab dia. Sebagai isteri yg solehah, Cat ikut aja. Mak Long pun setuju. Umah dia kat kampung tu pun takder saper yang duduk.

Tetiber terus adengan Walid suruh Farid azan [dah agak dah, sure flashback ni, sebab kaki Farid ok jer]. Pehtu dia org satu family termasuk Umi solat berjemaah [lepas ni semuapun adengan flashback; masa celebrate anniversary umi + walid [Walid hampir merajuk sbb ingatkan anak2 dia lupa dah anniversary dia org], pehtu Walid suh Farid kawen [Walid siap offer carikan calon isteri utk Farid, walaupun masa tu ekceli Farid dah berkenan ngan Cat], Walid majuk sbb Farid ada pilihan lain dan tak berkenan ngan calon isteri yang dia introduce [itu Rini laaa, yang gedik itu]. Semuapun adengan flashback.... saketnya atiiiiiiiiiiiii... wat mender dok tunjuk lagiii...

Then barulah tunjuk Farid, Cat ngan Mak Long dah siap2 nak balek kampung. Kat tetengah jalan, dia org terserempak ngan Pak Mijo. Mak long rasa mcm kenal jer, tapi bila mak long panggil, Pak Mijo terus lari. Mak long siap ikut dari blakang, tapi tak dapat sebab Pak Mijo lari laju sangat [gian2pun kuat gak dia lari].

Then Cat bagi tau kat Farid dia nak jumpa jiran sbb nak say goodbye [punyalah jauh jirannya tu, yang dekat takmo lak say goodbye]. Sebenonya Cat nak call Kim kata dia nak balek kampung. Tapi belum sempat Cat nak bagi tau dia nak balek kampug, Kim bagi tau dia kat spital sebab Faris kena tikam [punyalah lama nak nunggu scene ni haaa, dah keliling satu donia baru sampai]. Then terus Cat tak jadi nak bagi tau dia nak balek kampung. Pehtu Cat bagi tau Farid yang sebenonya dia nak tepon Kim, memula Farid macam nak marah, tapi tak jadi.

At the same time, Faizal dtg jumpa Kim, then Kim bagi tau dia tengah online ngan Cat. Terus Faizal mintak nak cakap ngan Farid. Faizal suruh Farid datang spital, sbb Faris kena tikam. Farid tak kata apa, dia diam jer.

Pehtu terus nampak kelibat Umi kat spital. Masa tu jugak Farid, Cat ngan mak long baru sampai kat tangga spital. Cumanya Umi kat tingkat atas, dia org kat bawah. Bila Umi pusing jer, then nampak dia org terus Umi mengamuk. [ayat2 yang sama, so tak payah ler akak describe ekk] Then tetengah dia mengamuk tu, Walid pun datanggg... then... terus kuar lagu...

menggu depan akak tatauler ada ke idak ya deknon, sebab semalam takder lak 'Episod Akhir' tulis kat situ..

Tuesday, August 01, 2006

Mentari Jingga, 31 Julai 2006 [episod akhir, buat musim ni..]

Sebelum akak nak citer pasai Mentari Jingga ni kan... memangler citer ni ngetop ngalahkan di Era... tapi endingnyerr... makan ati deknon... makan atiiii... mencik tau rasit sibir ni.. slalu buat org berteka-teki.. kena tunggu berapa season ler kot baru tau ending sebenornyer... akak semalam, seperti biasa, bersemangat waja la nak tau ending citer ni kan.. dah sah2 episod akhir katanya. Mata ngantukpun tahan gak.. sebab nak buat review, atas permintaan cigu akak ni haaa...

- Sambungan dari episod minggu lepas, Farid sampai ke rumah Walid semasa Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas [akak guna sengkatan Umi la ek, sebabnya panjang sesangat nama tu, penat nak taip] sedang melemparkan kueh bingka yang dibawa oleh Cat berterabur ke tangga. Farid sedih sangat sebab sampai hati Umi buat dia dan Cat mcm tu. Umi ingat Faizal yang jemput Farid datang. Farid bagi tau dia memang nak datang sebab nak wish Walid dan nak bagi kueh bingka ubi. Tapi itu Umi bertambah2 meluat, macam2 dia kata... dia kata Farid anak haram la.. anak luar nikah la.. tak tau malulah.. tak reti2 bahasa la.. keturunan tak baiklah.. tak sama taraf la..[yang ni akak nak naik hangen pun ada.. mcmla keturunan SHARIFAH & SYED tu baek bebeno.. sori ter emo jap... biasalah akak kan suka emo.. :) ]

- Tengah2 bising tu, Walid pun keluar... bila Walid nampak jer Farid.. wajah Walid bertukar gembira dan sedih. Persoalannya.. mcm mana kueh bingka yang dah sah2 bertabur atas tangga, boleh elokkk jer dlm bekas tu.. [si rasit ni... itupun dia tak pasan!]. Tambah gembira bila Farid bagi tahu dia bawakan Walid bingka ubi. [glemer pulak bingka ubi dlam citer ni] Tapi hasrat Walid tak kesampaian nak menjamah kueh tu.. bila Umi rampas kueh tu dari Walid. Sebab tak mahu Walid dan Umi bergaduh, Farid ajak Cat balek. Faizal cuba menghalang, dan seperti biasa Faizal pulak kena marah dgn Umi. Selepas Farid ngan Cat balek, Kim ajak Faizal pegi rumah Farid, sebab dia rasa tak sedap hati.

- Walid main piano.. tatau pulak tajuk apa, sebab tak terangggg bunyiknyer.. kengkadang ke laut, kengkadang ke darat.. tetiber Farid datang bawakkan kueh. Farid kata mesti Walid ingat dia dah balek.. Farid kata lagi 'selagi Farid bernafas, Farid takan lupakan Walid', pehtu dia nak suapkan kueh bingka ubi ke mulut Walid, tetiberrr Farid hilang.... rupanya yang datang hanya bayangan Farid jer.. siannn kat Walid.. [masa ni akak dah emo dah.. mata dah pedihh... mencik aaa rasit sibir ni.. suka tau buat akak nangis]

- Mak Long membebel sebab dah tengah malam baru Farid ngan Cat sampai rumah. Masa tu Farid dah pucat dah, pastu dia pengsan kat tangga sebab kakinya bleeding. At the same time, Faizal ngan Kim sampai. So Faizal bawak Farid ke hospital.

- Esoknya bila sedar jer, Farid tanya sape yang bawak dia ke hospital. Bila dia tau Faizal yang bawak, dia terus ajak Cat dan Mak Long balek. Sebab kalau Umi tahu, sure Faizal kena marah ngan Umi. Bila Faizal kena marah ngan Umi, sure Walid akan backing Faizal. Pastu sure Umi dan Walid akan bergaduh. So, Cat pun kenalah ikut cakap Farid. Walaupun sebenarnya kaki Farid tu maseh belum sembuhpun.

- Walid tanya Faizal pegi mana sebab pagi baru balek rumah. Faizal kata dia hantar Farid ke hospital sebab Farid pengsan. Pastu Walid ajak Faizal jumpa Farid.

[baru berkesempatan nak sambungan balek cerita, pencerita ada masalah negara sejak menggu lepas, nanti akak citer]

- Walid ngan Faizal pegi rumah Farid. Mak long yang sambut, terkejut dia bila nampak Faizal dan Walid datang. Masa tu Farid tengah tido [tido sambil duduk... sian dia.. umah tu mana der sofa ke.. kerusi ke..]. Bila Walid tengok keadaan Farid, terus Walid menangis. Nak kejutkan Faridpun Walid tak sanggup.

- Kat rumah Umi dok tanya Faris, Walid pegi mana. Faris kata Walid dgn Faizal pegi umah Farid sbb Farid masuk spital [saper laa dok citer ngan si Faris ni.. camner dia leh tau pun tatau]. Bila dengar jer, Umi terus mengamuk. [ekceli sampai ler ni akak tatau apsal Umi mengamuk sakan bila dengar nama Farid, mungkin kena tunggu 2-3 season baru tau sebabnya].

- Farid dah sedar [tatau ler dia tido ke, pengsan ke.. takan org bercakap kat tepi diapun dia leh tak dengo]. Walid pujuk Farid balek umah and of coz la Farid takmo dah balek umah Walid tu.

- Kat opis, Sharifah Dora [emak Rini, makwe si Faris] datang jumpa Faris. Dokla tanya bila si Faris ni nak kawen ngan Rini. Pehtu dokla pot-pet2 @ hasut si Faris ni. Yang si Faris tu pun men angguk jer laa..

- Umi jumpa mamat mana entah nama Pak Mijo [lakonan Yalal Chin, yg sah2 tengah gian]. Dari percakapan dia org ni macm Pak Mijo tau asal usul si Farid. Bila nak blah, Umi bagi duet pada Pak Mijo buat belanja. [mcm manalah Umi leh percaya pada si gian ni.. kenyangler dia].

- Faris dok jumpa Ben [kawan dia yang pinjam duet 500 hibu tu] kat lorong mana tah, tanya bila dia nak bagi balek duet dia. Of kozlah mamat tu kata dia takder duet. [kalau ada duet wat mender nak pinjam org, ya tak!]. Dah penat minta, tak juga dpt duetnya, Faris pun blah. Pak Mijo pun leh enterprem kat situ siap kena marah ngan Faris sebab halang dia nak jalan.

- Pehtu tetiber Faris datang dari mana entah, mabuk2 siap muntah2 bagai. Pehtu datang satu van, kuar 2-3 org siap pakai mask [ala yang org pakai nak men salji tu.. akak lupa la namanya] pukul si Faris. Dah sah dia mabuk, lagi ler senang kena belasah. Tetiber ada sorang mamat ni kuarkan pisau ala2 pisau Rambo, tapi kecit jer.. dok tikam Faris 2-3 kali. Nampaklah darah Faris menitik2 kat tanah. Ingatkan si Faris ni mati ke pengsan ke.. dia boleh jalan lagi tu.. [payah sungguh nak matikan org jahat ni ekk]

Pehtu kuar lagu ending dia... akak pun ternganga.. 'Alaaaaa.... takan dah habisssssss, fenat laaa mauk nunggu next season'... dan bermacam2 lah sumpah seranah akak kat citer tu...