Monday, July 31, 2006

'Entry kali ni modnyer bercampur-campur'

Putera sulung Wan Nurani @ Ijipp @ Pelanduk dikalangan rerakan PFS
[nama maseh dlm pertimbangan, berkemungkinan AIMAN NAZRIN]
'gambar ehsan waiem, timer kasih ciguu'

Ari Sabtu, 29 Julai 06, akak bersama Kak Aidid, Waiem dan Lanmeetoo pergi menziarahi salah seorang rakan PFS [Petrol Free Setahun yang akak kenal dari AF1] yang baru melahirkan putera sulungnya di Pusat Perubatan Kampung Baru [Kampung Baru Medical Centre]. Kebetulan masa kami sampai kawan akak ni dah siap2 nak kuar dah. Tapi sempat lagi laa bersembang dan bertanyakan saat2 ketika hendak melahirkan. Masa tu baby takder sebab nurse nak buat final check-up rasanya. Then selang 5 menit barulah baby sampai.. memang comel.. memang montel.. saling tak tumpah macam muka bapanya.

Ini merupakan kali ke-2 akak berjumpa dengan Hakimi, asben Ijipp. Orangnya peramah, dan dia begitu gembira sekali untuk berkongsi kegembiraannya dengan kami. Kelakarpun ada bila dia bercerita beberapa insiden di dalam bilik bersalin. Antara dialog2 akak dengan dia [lebih kurang ginilah dialognyer]:

Kimi: saya marah doktor tu kak... ada ke dia pukul bontot anak saya
Akak: masa tu baby nangis tak?
Kimi: tak.. dia diam jer..
Akak: lerrr... patut pun doktor tu pukul montot diaa..

Kimi: pehtu saya marah lagi doktor tu
Akak: apsal plak?
Kimi: ada ke dia jolok2 mulut anak saya.. saya tanya ke dia.. awak buat apa tu..
Akak: ooo.. tu dia nak buang lendir dlm mulut baby
Kimi: saya tak tau doktor tu nak buang lendir...
Akak: [sib bek lerrr ni anak sulung.. kalau idak.. mau si Kimi ni kena penampo ngan doktor tu]

Oh ya, masa tu mak mertua Ijipp pun ada. Senyum jer dia dengar anaknya bercerita. Tapi paling ngeri bila Ijipp sendri mengaku betapa saketnya sakit nak bersalin tu. Sampai la ni akak terasa ngerinya.

Disebabkan Kimi sibuk nak mengangkat beg2, mak mertua Ijipp pun sibuk nak mengemas, so akak pun pegangkanlah baby tu sampai ke kereta. Masa lalu di lobby hospital tu, ramai yg memandang akak, espceially ke baby tu ler kot.. sebab baby tu memang comel... memang montel.. agaknya dia org ingat baby tu anak akak agaknya. Masa tu akak rasa 'bangga' sangat, ekceli sebak pun ada. Dalam hati terdetik... kalaulah baby ni anak akak sendiri.. alangkah bangga dan gembiranya akak.. dan orang yang paling gembira di dalam dunia buat masa itu tentulah suami akak. Kerana telah lebih 10 tahun dia menanti.. dan maseh tetap setia menanti akan zuriatnya yang akak tak tau bila akan munculnya [sori.... emo sket]

Kena berhenti di sini.. sebab....

Wednesday, July 26, 2006


SERDANG: Pelakon, pengacara dan penerbit drama, Hani Mohsin Hanafi, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Hani Mohsin (gambar), 41, berasal dari Perlis, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) lapangan terbang itu, kira-kira jam 10 pagi selepas mendaftar untuk menaiki pesawat ke Alor Star.Allahyarham dan anaknya, Hani Karmila, 10, yang tiba di kaunter pemeriksaan masuk pada jam 9.50 pagi adalah penumpang terakhir untuk menaiki pesawat yang dijangka berlepas jam 10.20 pagi. Yasin Hamid, Penerbit Eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan Allahyarham, berkata ketika kejadian Hani Mohsin baru selesai membuat pendaftaran masuk untuk menaiki pesawat.Dua beranak itu bercadang mengunjungi sanak saudara mereka di Kangar dalam perjalanan bercuti di Langkawi.Difahamkan, Hani Mohsin, yang tiba di LCCT bersama anaknya dengan membawa hanya satu beg galas kira-kira jam 9.40 pagi, rebah sebaik mendapat pas berlepas daripada petugas di kaunter 30 terminal itu, 10 minit kemudian.Beliau kemudian diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan petugas LCCT ke Pusat Perubatan Pusrawi KLIA berhampiran terminal kargo, satu kilometer dari situ.Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia setibanya di situ.

Jenazahnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.Bekas isteri Allahyarham, Datin Seri Tiara Jacquelina, ketika ditemui di Hospital Serdang, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya pada jam 10 pagi memaklumkan bapanya pengsan.Sambil menyifatkan Hani Mohsin seorang yang penyayang terutama terhadap anaknya, Tiara berkata, Allahyarham tidak pernah memberitahu dia menghidap penyakit jantung.Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Redzwan, Hulu Klang, bersebelahan kubur ibunya, Hasni Bakar, yang meninggal dunia pada Mei 2004.
[artikel ini dibaek-punya-cilok dari Berita Harian, 26 Julai 2006, terima kasih Berita Hariannn]

Hani Mohsin adalah antara hero drama yang paling akak suka... sebab dia kalau berlakon untuk watak jahat... memang jahat deknon.. rasa nak cekik2 masa tu jugak.. then kalau watak romentik.. alahaiiii.. romentiknya.. dia ni jenis kalau berlakon bukan jenis yang baca buku punya skrip @ macam robot kekdahnya.. cara dia berlakon macam apa yang kita buat hari2.. senang citer.. memang malatop lah kalau dia berlakon.

Akak doakan semoga rohnya sejahtera di sana dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. 'aminnn'

nota kaki: sedihnya tengok anak dia masa berita smalam, apatah lagi kejadian ni berlaku depan mata dia.. sure dia sampai bebila akan teringatnya.. semoga Hani Karmila tabah menghadapinya

Tuesday, July 25, 2006

tunggak utama Mentari Jingga... macam padan jer dia dua org ni

Mentari Jingga24-Jul-2006 10:00:00 PM
Mentari Jingga is about a happy family torn apart by a mother's greed for wealth. Tuan Syed and Sharifah had 3 children, eldest Muhammad, then Musa and youngest Dila. All went well up until the day all of them got married. Trouble came when Tuan Syed wanted to state a will which caused the family to crumble. Cast: Zamarul Hisyam, Beego, Lisdawaty, Rita Rudaini, Fasha Sandha.

Sinopsis tu akak amek dari web astro. Fening jap akak.. apsal tajuk sama, plakon lain ni.. bila masa lak zamarul hisyam, lisdawaty ngan rita rudaini ni blakon dlm drama ni.. sah Astro tak pasan benda ni..

tapi takper laa, sebab akak dah tahap kronik ni, minat giler ngan citer ni. Tapi biasalah kan saper yang tengok citer arahan Rashid Sibir, memang akan makan hati dulu... macam citer Dalam Hati Ada Cinta @ Cipan dulu tu.. ampat musim deknon.. AMPAT musim akak foloooo.. saketnyer laaa jiwa folo citer tu. Tapi tuler, dah tau menyakitkan jiwa, folow gak tu sebab gandingan Umi Aida ngan Ako Mustapha kot.. :D

Dan kali ni gandingan Fasha Sandha dgn Rusdi Ramli pun nampak macam bestttt jer.. tapi watak dia org deduanya baek. Mana bolehhh... slalunya kalo pompuan baek, laki mesti jahat, dan sebaleknya.

Episod smalam, 24 Julai 2006 [dah episod 10 dahhh]:
- Farid [lakonan Rusdi Ramli] dah dapat kejer di tapak pembinaan... siannn diakannn
[pandai mamat ni bawak watak dia.. sekali tengok macam budak lurus bendul pun ada]

- Pehtu Cat @ Khatijah [lakonan Fasha Sandha] dengan Mak Long [lakonan Norlia Ghani] jual nasi lemak... laku nasi lemak dia org.

- Faizal, [lakonan Beego] adek bongsu Farid, rindu sangat kat Farid. So dia tepon mak we dia, Kim [lakonan Nabila, anak Amy Search] mintak nombor tepon abg dia. Tatau Kim cakap apa over phone, cuma Faizal conteng2 kat paper.. pehtu kata.. 'itu jer..' then scene Faizal nampak Cat ngan Mak Long jual nasik lemak.. maka berguguranlah airmata Faizal.

- Syed Faris [anak paling jahat, lakonan Zulhuzaimy.. mantap lakonan dia, rasa mcm nak tembak ngan M16 jer] dok tolong member dia dgn bagi pinjam duet RM500 ribu.. [ni sure kawan makan kawan nanti ni..]

- Rini, [lupa lak nama minah ni] mak we Faris kena leter ngan mak [lakonan Hamidah Wahab, Rasit Sibir ni suka beno amek minah ni blakon] dia sebab sampai laa ni si Faris tak datang2 meminang. Banyak sangat alasannya. [yg ko dengo sangat tu watpernyer.. ]

- Mak Rini jumpa Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas [kena penuh, sebab dia kalau sebut nama diapun mesti penuh punya], kekonon nak tanya kabar... tapi sebeno2nya tak sabo2 nak suh datang meminang.. apa punya emaklaaa.. mcm dia lak yang nak kawen. Pehtu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas [panjangggnyer nama] jemput mak Rini dtg sempena Besday Walid [lakonan mantap M. Rajoli, kalaulah ramai Syed2 kat luo tu mcm pangai dia ni kan baguih..]. Maka gumbiralah mak Rini... [dlm hati mesti dok ingat Walid akan announce pertunangan anak mereka.

- Farid teringin nak jumpa Walid. Slalunya Farid akan belikan bingka ubi untuk Walid sempena besdaynya. Tapi Farid takut sama itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas. Tapi sebagai isteri yang soleh, Cat suh gak Farid belikan bingka ubi pehtu bagik sendrik kat Walid.

- Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas dok tepon kengkawan dia bagi tau jgn lupa datang party dia. At the same time, Wali pulak tepon org yang sama kata cancel.. [kengkawan dia orng ni tak konpius ke.. kalau idak dah boleh kurus, sebab konpius]. Tunggu punya tunggu Rina & family jer yang datang. Orang lain nan ado kekdahnyer.. itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas sudah senyum dalam gerammmm..

- Farid dan Cat nak pi umah Walid nak bagi bingka ubi. [akak heran la apsal dia orang tunggu teksi kat tempat golap, pehtu mat rempit men motor kat lorong2 ekk, konpius jap] Itu mamat rempit sudah langgar kaki itu Farid laa... tapi itu bingka ubi maseh lagi boleh diselamatkan. Disebabkan Farid payah nak jalan, so dia suruh Cat pegi sendrik [masa ni akak dah tak sodap ati dah ni.. mesti itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas akan buat sesuatu]

- Farid sampai di rumah, sib bek Mak Long ada. Rupa2nya kaki Farid berdarah. Masa mak long tengah balutkan kaki, Farid tanya siapa mak dia. So mak long citerlah, mak Farid dulu penah kejer ngan Walid. Ayah Farid pulak kejer tempat lain, jarang2 balek. Ramai org kata Farid anak luar nikah sbb tak ramai yang tahu mak + ayah Farid dah nikah.

- Sampai ke sudah party, nan ado announcement yang dinanti2kan [sbb si Rini tu bukan CT Nurhaliza.. muahaha.. apa ketan pun tatau]. Rini & family pun balek. Masa tu ler Cat baru nak sampai [dengan bingka ubi dalam plastik of coz!]. Nasib baek masa tu Faizal ngan Kim ada.

- Maka Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas teramatlahhh marahnya apabila melihat akan si Cat itu sebab takder saper yang jemput dia datang. Dan Cat dengan muka yang amatlahhh sodihnyo, mintak permission nak jumpa Walid sbb nak bagi kueh tu. Jgan ko harap itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas mahu bagi ko jumpa dengan Walid, dengan alasan Walid tak makan kueh macam tu, pehtu katanya Walid dah tido.. [baper banyak alasan daaa] Tapi Cat bagi jugak kueh tu kat Shrifah Mahani Syed Ali Al-Atas dengan harapan kueh itu akak diberikan pada Walid. Dan dengan selambanya Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas telah melemparkan kueh itu berdebuk kat tangga dan pada masa yang sama Farid sampai kat situ... sedihnyerrrrrrr..

sambungannya kena tunggu menggu depang... sure Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas akan kenakan Farid dan Kat secukup2 rasa... ajinomoto

nota kaki: 'tarik nafas pepanjang' waiemmm, fenatnyerrrr nak review citerrr ni... ini baru satu episod

Friday, July 21, 2006

Laman 2006

Ari Jemaat, 14 Julai 2006 lepas, akak ngan asben pegilah melawat pameran ni. Maklumlah, akak ni boleh dikategorikan sebagai 'minah bunga' sebab salah satu hobby akak selain shopping or window shopping ialah menggubah bunga [tapi bila ada mood jer laa ek..]

So akak ni cukuplaa teruja nak pi tengok pameran ni. Nasib baek asben akak tak kesah.. dia layannnn jer.. so lepas maghrib we all pun pegi. Cuaca panas la plak.. berpeluh jugalah. Parkingpun payah gak laa nak dapat. Teketnya RM3, tapi kalau nak masuk pameran yang ada ekon tu kena bayo RM4 hengget. So we all pun belilah 2 teket RM4. Dari jauh nampak macam besttt jer, sebab malam dia org pasang lampu2... so kira cantek gak laa..

Masuk jer kira mcm kedai bunga @ booth yg pertama... ermm... tuannya pun takder... gelappp jer akak tengok.. seram pun ada.. jalan lagi.. lagi.. dan lagi.. dan sepanjang akak berjalan tu.. punyalah banyak.. 'BUNGA, BUKAN OKEDLAH..' ya, tuan2 dan puan... kira oked johan bunga segala bunga laaa.. nak amek gambo, gelap ler plak..

Pehtu akak pun pegilah masuk pameran yg ada ekon tu... dialog akak ngan asben lebih kurang ginilah..

Akak : ni ke tempatnya, macam kecittt jer
Asben akak : dahtu tang mana lagi.. sini jer laa yang ada org masuk

'selepas 5 menet pusing2 kat dalam tu'
Akak : lerrr, ni jer ke.. sikitnyer.. nampak dalam paper macam besttt jer..
Asben akak : manalah saya tauu...

ni antara bunga2 kat dalam pameran berekon tu.. fening akak nengoknyer..


ni ala2 garden wedding ler kot, tapi serabutnya laaa akak nengok..


haa yang ni kira oklah sket.. ekceli kat tengkat2 ala2 tangga tu, punyalah serabut


ni sepatutnya ala2 main table ler.. ataih table tu penuh dgn segala mcm sayur2an...


kat pokok tu digantung lampu2 kecit... cantek gak laa


ni pulak gegambars sayur2 dan bunga2an digubah mengikut citarasa penggubah.. agak2 takder cili.. korang amek jerlaa kat situ, agak2 takder sayur nak digoreng.. kebas jer.. muahaha..

rajin sungguhla dia org ni dok susun cili2 tu, lepas tu sure pedas tangan

ini la kobis yang akak cakap tu, tapi akak lebih teruja ngan brokoli kat tepi tu

Kita tengok bunga2 lak ekk...

akak rasa budak tadika pun leh buat macam ni

tak silap akak, temanya musim bunga kot

dah takder idea lain po..

payah sungguh nak turunkan gambo ni tau.. dahler musim luruh..

sorri ek cikgu, kacau tengah mandi, marah kat ini gambo.. nyusahkan org

Ni plak, bunga2 yang apa tah konsepnyer..

korang pikir sendrik la konsep apa


ni lagi laa, fenin akak nengoknyer

Itu jer la sesi lawatan akak ke pameran Laman 2006 yang langsung2 tak menepati objektip akak pegi ke sana. Akak ni yo yo oo la ingat ada landscape atau arrangement yang boleh diguna pakai mengikut kediaman kita. Let say landscape utk rumah banglo ke, rumah teres ke.. apartment ke.. hiasan2 utk landscape pun amatlahhh sedikit. Ala2 Tipah Tertipu lah ini pamerannn... mencik tau...!