Monday, November 12, 2007



Al-Fatihah utk Ibu Mertuaku @ Allahyarhamah Zan bt Harip


Pada malam Isnin @ 5 November 2007, bersamaan 25 Syawal... lebih kurang pukul 11:05 malam, perginya ibunda mertuaku tercinta.. seorang ibu yang tegas, disiplin tetapi pada masa yang sama seorang ibu yang amat penyayang...

Pemergiannya secara tiba-tiba... petangnya [lebih kurang selepas asar] beliau mengadu sakit dada, maghribnya beliau dimasukkan ke emergency room selepas muntah2 dan pitam, isya'nya beliau semakin kritikal.. dan pada pukul 11:05 malam, beliau meninggalkan kami semua dengan aman...

Alhamdulillah, segalanya telah selamat.. dan sebagai menantu, telahku sempurnakan kewajipan ku sebagai penghormatanku yang terakhir buatnya... berkesempatan juga aku bersama-sama menantu yang lain 'memandikan dan mengkafankannya'.. bersama doa dan linangan airmata..

Biarpun semasa hidupnya hubungan kami agak biasa sahaja... tetapi anehnya, sebelum aku bergelar menantunya... kami sering berhubung.. selang seminggu aku akan menghubunginya... bertanyakan khabar... sehingga pernah satu ketika, semasa hati ini masih berteka-teki untuk menerima kehadiran anaknya [suamiku sekarang], semasa kami berhubung melalui telefon, beliau pernah menyanyikan lagu 'jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama, dia diambil orang'.. kami bagaikan 'rakan'... banyak yang kami kongsikan bersama..

Tetapi apabila wujudnya title menantu, kami semakin jauh... dan tak banyak yang kami kongsikan, mungkin juga ingin menjaga hatinya... takut ada perlakuan dan tingkahlaku yang boleh mengguris hatinya... aku lebih berhati-hati..

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan yang dikasihiNya di sana..

'Hanya kenangan-kenangan indah yang tersemat di ingatan..'