Thursday, April 09, 2009

Aliyy's 'Naik Buai'




Tanggal 8 Mac 2009, bertempat di kampung Ibu, we all buat majlis naik buai @ berendui untuk Aliyy. Hajat nenek Aliyy @ emak Ibu nak buat kenduri di kampung tercapai juga akhirnya walaupun hampir-hampir nak di kensel di saat-saat akhir sebab banyak sangat halangan..

Menu untuk kenduri aritu:
~ rendang tok [special request dari emak Ibu]
~ ayam masak merah
~ acar timun dan nenas
~ gulai tempoyak ikan bilis
~ ikan masin + ulam2
[gulai tempoyak + ikan masin + ulam2 dpt free @ sedekah dari caterer]
~ pemanis mulut - bubur anak lebah..

Ibu rasa regret sangat sebab tak sempat nak ambik gambar bubur tu.. sebab memang payah nak dapat... orang tak suka nak buat sebab leceh, tapi sedapppp...

Pagi tu memang kelam-kabut, macam-macam nak dibuat.. kumpulan marhaban dah datang, tapi Aliyy belum mandi... boleh?? So kelam-kabut... tapi lepas siap semua, masuk jer buai Aliyy terus tidur.. punyalah nyenyak. Lepas marhaban continue dengan kompang pulak.. ini hajat Ibu sebab tak tau bila lagi nak buat kenduri yang berkompang bagai.. kalau adapun mungkin masa nak sunatkan Aliyy nanti.. errr kena tunggu 5-6 tahun lagi kot.. itupun kalau panjang umur dan murah rezeki.. insyaAllah.. being Aliyy, dia memang senang terkejut.. dengar jer bunyi kompang, dia pun menjerit nak sama kuat dengan kompang tu... terus bangun tak moh masuk buai dah...

So, itulah serba sedikit coretan 'naik buai Aliyy'... esoknya we all balek ke KL... fenatssss
Seronoknya Tengok Aliyy Tido


lena diulik mimpi


Ibu belum ada idea nak citer apa... so kita layan jer laa gegambars Aliyy ketika tido..

Ibu memang suka ambil gambar dia semasa tido, sebab masa tu jer dia reti dok diam..

Tuesday, April 07, 2009

5 April 2009

Petang Ahad lepas, sebelum operasi membuka hadiah @ walker Aliyy, Ibu dan Abah telah 'mengerjakan' rambut Aliyy yang dah beberapa minggu ditunda atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan. Nasib baiklah rambut Aliyy takler lembat sangat, tapi lembut..

Disebabkan terlalu dimanjakan dek 'Opah @ neneknya', proses mencukur rambut terpaksa dihentikan seketika sebab Aliyy mengamuk nak tido. Lepas bangun tido, baru sambung balek... so Aliyy tido dengan kepala botak separuh... Kalau ikutkan Ibu, kuasa nak tangguh-tangguh..

Alhamdulillah, berjaya gak Aliyy dibotakkan... tapi dia rasa pelik agaknya, lepas pakaikan topi, baru dia rasa selesa sket... alahai anak Ibu... buah hati Ibu...

Err.. Abahnya tolong sekejap jer, bila Aliyy mengamuk, terus dia surrender.. masuk bilik then dia pun tido macam anak dia gak..



4 April 2009


First time bawa Aliyy ke KLCC.

Nasib baik dia tak meragam… Actually, Aliyy tak banyak ragam, asalkan tempat tu sejuk, lena jer dia tido. Bising ler macam mana pun.

Tapi sebelum tu we all pergi ke Balai Polis Dang Wangi. Entah manusia mana, dah takder kejer lain agaknya. Dok bagi sms lucah kat Ibu. Bila sms tu bertukar ke aura-aura ugutan nak membunuh dan melibatkan Aliyy, Ibu dah takder pilihan lain, terpaksa juga buat lapuran polis demi keselamatan Aliyy. Apa motifnya, Ibu tak tau.. Ibu ni bukannya selebriti mahupun blogger yang terkenal..

Walaupun Ibu tau proses nak buat lapuran mesti lama, tapi demi Aliyy apapun Ibu sanggup lakukan. Tapinya kes ni kena refer ke Balai Polis Selayang ler pulak..

Selesai buat lapuran polis di Dang Wangi, we all proceed ke Maxis, KLCC sebab Ibu nak tukar nombor handphone dan tukar dari prepaid ke post paid. Semuanya kerana Aliyy, walaupun Ibu sayang sangat nombor tu. Dah bertahun nombor tu Ibu guna.

Selesai di Maxis, perut pulak terasa lapar. Espcially Abah la… tak sah kalau tak makan.. so we all proceed ke KFC. Aliyy tak buat hal, cumanya Ibu dan Abah kena gilir-gilir makan. Kalau dulu Ibu dan Abah hanya mampu melihat keletah anak-anak orang di sekeliling, tapi sekarang ni, lihat jer laa keletah anak sendiri pulak…

Dari KLCC, we all ke Balai Polis Selayang pulak. Hampir 2 jam di sana. Kes ni baru bermula.. apa kesudahannya Ibu tak tau.. dan kalau keadaan memaksa, Ibu dan Abah terpaksa pula ke Cyberjaya… segala-galanya demi Aliyy… Aliyy.. Aliyy dan Aliyy..


5 April 2009


Ari Ahad lepas Abah begitu excited nak buka hadiah dari geng-geng futsal Ibu. Ada 2 hadiah, tapinya lagi 1 hadiah kena tunggu Aliyy dah pandai berjalan baru boleh guna. Walker ni memang Ibu yang request. Dah orang tanya nak apa, kita mintalah benda yang belum ada.. tapinya Abah punyalah excited, kalah budak-budak..

Aliyy dan walker barunya

Terima kasih unties [Bursa Futsal Ladies], bagi Aliyy walker ni.. Aliyy suka sangat! sebab ada muzik @ lagu Twinkle-Twinkle Little Star.. senang sikit Ibu nak buat kejer..





Wednesday, April 01, 2009

Presenting my prince.. ALIYY AKHBAR HUSSEINI


buah hati ibu


Dah lama giler tak update blog ni.. salah satu sebabnya.. sebab akak malas.. especially masa peknenkan Aliyy... malas yaamat... dan ada lagi seribu macam alasan kenapa akak malas nak update...

So, since akak sendiri dah ada Aliyy, baikler akak citer pasai Aliyy akak ni jer.. selalunya akak melepak kat blog2 yang suka citer pasai children dia orang.. macam mana children dia orang meragam, merajuk... etc...

Pasni nak citer cronological Aliyy dalam hidup akak.. sebab tak sangka akak boleh peknen after 12 years been married.. memang tak expect langsung.. such a miracle.. tapi dugaan dan cabaran masa mengandungkan dia pun maha hebat gaklaa..