Tuesday, March 13, 2007

Apa pendapat uols?

Ni antara e-mail yang akak terima dan ingin kongsikan bersama, siap dengan komen akak... muahaha berkongsi katanya... 'disebabkan idea belum mari, kita layan e-mail jer laa ek'

25 perkara dibenci suami

  1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar.
    Contoh: hubby i tu kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla...
    Komen akak: errr.. kengkadang terlajak jugak komen yang cenggini tanpa disedari... mintak ampun suamiku....!

  2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
    Contoh: hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer.. ok tak?
    Komen akak: yang ni tak baper nak relevant, akak call asben akak bila nak tanya balek kul baper jer.. so selalunyer sekali sehari jer la.. kecuali kalau ada benda2 yang penting..

  3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
    Contoh: kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu…
    Komen akak: yang ni memang tak relevant ngan suami akak… dia yang suka menyimpan, pehtu tanya plak kat kita tang mana dia simpan.. camner nak jawap tu..

  4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
    Contoh: bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..
    Komen akak: err, bab ni memang asben akak cerewet... pantang dia kalau orang baca suratkabar pehtu tak reti nak susun elok2.. elok2 tu maknanya ikut susunan yang betol... akak plak main blasah jer asalkan lipat elok2...

  5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok
    Contoh: eh, kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ...
    Komen akak: yang ni akak tak menat.. bab2 nak memotong2 ni tak berapa berkenan.. buang lagi bagus.. menyemak jer..

  6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
    Contoh: bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleazeee..
    Komen akak: asben akak kalau beli barang takleh lebih dari 3.. kalau lebih dari 3 kena tulis atas kertas, pehtu kalau tak cakap betoi2 dia main belasah jer.. contoh kalau suh beli cili merah, kalau tak cakap berapa biji.. haruslah dia pi beli ngalahkan nak buat kenduri jer kekdahnyer..

  7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami.
    Contoh: saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu..!
    Komen akak: ni pun lebih kurang ngan kes asben akak laa.. cakap bio teghangggg…

  8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu.
    Contoh: i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??
    Komen akak: disebabkan akak mempunyai kuasa veto dalam bab2 cenggini, apa2 plan selalunya akak yang tentukan.. dah sah2 akak yang drive keter tu kan..

  9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
    Contoh: screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros...
    Komen akak: tak baper nak relevant, pc kat umah akak dah kena virus, koser nak repair..

  10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .
    Contoh: pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot …
    Komen akak: err, ni pun tak baper nak relevant sebab akak tak suka bersembang2 kat tepon, akak lebih suka layan tv…

  11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja dating kerumah tanpa izin suami.
    Contoh: malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan..
    Komen akak: ni pun tak baper relevant ngan akak.. so takder hal..

  12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
    Contoh: oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..
    Komen akak: bersiap gak ler, tapi takler ngalahkan nak pi dinner jer kekdahnya.. camner nak lawa2 dah nak sapu sawang la.. lap itulah, lap inilah.. nak basuh baju laa..

  13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
    Contoh: sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul ..
    Komen akak: errr.. tang ni relevant sket, bukan apa... akak kalau bersiap memang lembab.. tatau kenapa..

  14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
    Contoh: eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..
    Komen akak: yang ni, err.. biasanya bila dah lambat, asben akak yang gosokkan baju... akak gosok baju asben akak bila balek umah mak mertua jer.. terima kasih suamiku.. I LUV U!

  15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
    Contoh: eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..
    Komen akak: tak relevant sebab akak belum ada anak..

  16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
    Contoh: nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..
    Komen akak: uik, akak ni memang ler ni malas gak ler... tapi takder ler sampai ke asar... melampau tu.. melekit laaa... ni dah tahap pengotor ler plak..

  17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
    Contoh: awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..
    Komen akak: tang ni no komen... bab2 ibadat ni ’biarlah rahsia’

  18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
    Contoh: pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..
    Komen akak: tang ni pun akak mempunyai kuasa mutlak ke atas remote control kat umah akak.. biasanya asben akak layan citer2 dia bila akak dah tido jer.. yer deknon, asben akak suka layan national geography dgn dokumentari yang mega2 tu.. camner nak buat bangunan ke.. keterapi ke.. memang tak serasi ngan taste akak.. dulu akak subscribe sport channel... dah tetengah malampun tak reti2 nak tido.. haaa apa lagi... akak terus tukar ke variety channel.. haa baru reti nak tido awal, tapinyer akak pulak yang tak reti2 nak tido.. soap operapun akak layan.. muahahaha..

  19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
    Contoh: u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla.
    Komen akak: tang ni, akak kosser nak share ngan asben akak.. kengkadang buat lagi penin kepala jer kalau citer kat dia.. baikler simpan dalam ati jerr.. nak bunuh oghang ker.. nak langgar oghang ke.. simpan jer dalam ati...

  20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
    Contoh: i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you
    Komen akak: ok, bab ni akak mengaku, akak memang suka membebel dan ulang tayang.... tapi tuler, kita bebel2 pun respon dia samaaa jer.. takder bezanyer.. ala2 akak eksais molot jer.. sib bek tak kuar buih..

  21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
    Contoh: eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih...
    Komen akak: errr... entah mana musim ada la kot.. tetengah malam dapat sms, isteri mana yang tak curiga uols `curiga katanya’

  22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
    Contoh: eee u tau tak hubby i tu...
    Komen akak: errrr.. ya ampun suamiku yang tersayang…!

  23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
    Contoh: apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..
    Komen akak: tak baper relevant, sebab akak rasa akak dah hafal masakan kegemaran asben akak beserta dengan pantang-larangnyer..

  24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
    Contoh: adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..
    Komen akak: takat adek-beradik ok ler kot.. kang dicop kudukut lak kang..

  25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
    Contoh: you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu, then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast, nak masukkan pakaian dalam laundry, then nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."
    Komen akak: muahahaha.. jom kita gelak guling2 berjemaah...