Thursday, July 19, 2007

Antara Rat Race, Cheerleader dan Futsal


Bulan Julai adalah bulan yang amat memenatkan. Mana nak settlekan mende2 remeh untuk Rat Race.. mana nak prektis cheerleader.. mana nak mantapkan lagi skill futsal..

Bila dah join cheerleader ni baru tau betapa hazabnyer mender ni.. tu belum kira nak cari outfit yang sesuai ngan mak2 orang yang join... seksi2 tak bleh, kena cari yang ala2 muslimah.. kang performancenyer cuma 5 minit, tapi kena kutuk 7 keturunan.. nak suruh yang seksi2 dan yang cantik2 join.. dia orang jual mahal pulak.. mak2 orang yang dah 2-3 orang anak ni juga yang sudi meluangkan masa yang sepatutnya masa tu dia orang spend dengan anak2 dan asben..

Tapi yang paling tak larat bila training cheerleader ni satu hari dengan training futsal.. humangg rasa nak patah2 badan di buatnya.. lunch time training futsal.. pehtu dari pukul 6 sampai 7.30 training cheerleader.. balek rumah memang fenat gilezzz.. pagi esoknya kalau tak kuat iman, memang rasa nak amek mc jer.. tapi disebabkan benda remeh-temeh yang tak sudah2 tu.. kenalah gagahkan juga badan pergi kejer..

Pasni nak pergi KLCC nak cari pom2 dengan pong2 stik plak.. tak tauler ada ke tidak.. esok nak finalise outfit dia orang.. pastu nak cari assessories yang sesuai.. masa untuk window shopping!!