Wednesday, July 26, 2006


SERDANG: Pelakon, pengacara dan penerbit drama, Hani Mohsin Hanafi, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Hani Mohsin (gambar), 41, berasal dari Perlis, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) lapangan terbang itu, kira-kira jam 10 pagi selepas mendaftar untuk menaiki pesawat ke Alor Star.Allahyarham dan anaknya, Hani Karmila, 10, yang tiba di kaunter pemeriksaan masuk pada jam 9.50 pagi adalah penumpang terakhir untuk menaiki pesawat yang dijangka berlepas jam 10.20 pagi. Yasin Hamid, Penerbit Eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan Allahyarham, berkata ketika kejadian Hani Mohsin baru selesai membuat pendaftaran masuk untuk menaiki pesawat.Dua beranak itu bercadang mengunjungi sanak saudara mereka di Kangar dalam perjalanan bercuti di Langkawi.Difahamkan, Hani Mohsin, yang tiba di LCCT bersama anaknya dengan membawa hanya satu beg galas kira-kira jam 9.40 pagi, rebah sebaik mendapat pas berlepas daripada petugas di kaunter 30 terminal itu, 10 minit kemudian.Beliau kemudian diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan petugas LCCT ke Pusat Perubatan Pusrawi KLIA berhampiran terminal kargo, satu kilometer dari situ.Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia setibanya di situ.

Jenazahnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.Bekas isteri Allahyarham, Datin Seri Tiara Jacquelina, ketika ditemui di Hospital Serdang, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya pada jam 10 pagi memaklumkan bapanya pengsan.Sambil menyifatkan Hani Mohsin seorang yang penyayang terutama terhadap anaknya, Tiara berkata, Allahyarham tidak pernah memberitahu dia menghidap penyakit jantung.Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Redzwan, Hulu Klang, bersebelahan kubur ibunya, Hasni Bakar, yang meninggal dunia pada Mei 2004.
[artikel ini dibaek-punya-cilok dari Berita Harian, 26 Julai 2006, terima kasih Berita Hariannn]

Hani Mohsin adalah antara hero drama yang paling akak suka... sebab dia kalau berlakon untuk watak jahat... memang jahat deknon.. rasa nak cekik2 masa tu jugak.. then kalau watak romentik.. alahaiiii.. romentiknya.. dia ni jenis kalau berlakon bukan jenis yang baca buku punya skrip @ macam robot kekdahnya.. cara dia berlakon macam apa yang kita buat hari2.. senang citer.. memang malatop lah kalau dia berlakon.

Akak doakan semoga rohnya sejahtera di sana dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. 'aminnn'

nota kaki: sedihnya tengok anak dia masa berita smalam, apatah lagi kejadian ni berlaku depan mata dia.. sure dia sampai bebila akan teringatnya.. semoga Hani Karmila tabah menghadapinya

6 comments:

sempoii said...

Takziah utk family Hani Mohsein. Tak dapat lagi dengar "saya putar mohseeeeenn"..

Umur bukan penentu ajal. Kalau dah ditakdirkan ajal muda, takde sapa leh tahan. Cuma kita sbg manusia kena sentiasa ready ngan amalan maarof. Uwaaa! sedih laa..

Err just in case, kalau saya ada buat salah kat sesapa maafkanlah saya. *sob..sob..sob!*

*sedih dgr berita² camni*

Anonymous said...

takziah gak pada family hani-anak dia karmila lah ek (dah pak2/mak2 saudara )
kak jay: eppy besday gak , smoga berjaya and terus bejaya di dunia dan akhirat! and maybe adik darwisy keluar hari ni, insya allah,selamat!

Anonymous said...

Cik Pah oiiii! Aku tido lambat malam ni sebab teruja bebenor nak perabih seme blog entries dalam blog ko ni! Bestnya cerita-ceriti you (kan aku dah kata blog ko lagi meriah!!) :)

Oh, nak tumpang lalu jap... Sempoii...alahai, keciknya dunia. I used to chat with you at Joe Perantau's blog, yes? (Once upon a time dedulu la...) In fact, your blog link pun ada in my blog. Tak sangka buah semangka you pun kawan "Kak Iffa" aka Cik Pah (as I have always known her) kita ni. Thanks, tadi I pi tengok your blog and saw a few pix of Cik Pah, yeayyyy!! Suka sangat sebab dah bertahun tak jumpa Cik Pah tau...eh Pah, bila last sekali kita jumpa ekk?

Ok, nanti I jenguk lagi blog meriah you ni ye Pah! Keep on bloggin' my fren, hehe. Asben ko tak blog ke? :) Kim salam kat Abg. Salim ye!

Anonymous said...

Last time i jumpa you kat otel impiana kan..? 'kalau tak silaplah..' masa tu Yasmin masih lagi menyusu... ler ni dia pun dah beso.. dah patut dapat adek lagi haaa... :D

asbenku tak baper celik IT laa CK.. I pun bebaru ni jer haaa, salah satu sbbnyer.. jeles ngan si Sempoii tu lerr.. blog dia pun meriah gak tuuu...

sempoii said...

laaa ck pun kenai kak iffa@jay@sesatbarat.com kita kaa?..haa ingat-ingat lagi c-kfei kan dulu rajin dok tag joe, skang awat ilang? (ehh ckp org, aku pun dah lama ilang huhuhu)

kici-kici jer dunia ek, pusing² jumpa juga.. :)

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP pernement hair remover