Tuesday, July 25, 2006

tunggak utama Mentari Jingga... macam padan jer dia dua org ni

Mentari Jingga24-Jul-2006 10:00:00 PM
Mentari Jingga is about a happy family torn apart by a mother's greed for wealth. Tuan Syed and Sharifah had 3 children, eldest Muhammad, then Musa and youngest Dila. All went well up until the day all of them got married. Trouble came when Tuan Syed wanted to state a will which caused the family to crumble. Cast: Zamarul Hisyam, Beego, Lisdawaty, Rita Rudaini, Fasha Sandha.

Sinopsis tu akak amek dari web astro. Fening jap akak.. apsal tajuk sama, plakon lain ni.. bila masa lak zamarul hisyam, lisdawaty ngan rita rudaini ni blakon dlm drama ni.. sah Astro tak pasan benda ni..

tapi takper laa, sebab akak dah tahap kronik ni, minat giler ngan citer ni. Tapi biasalah kan saper yang tengok citer arahan Rashid Sibir, memang akan makan hati dulu... macam citer Dalam Hati Ada Cinta @ Cipan dulu tu.. ampat musim deknon.. AMPAT musim akak foloooo.. saketnyer laaa jiwa folo citer tu. Tapi tuler, dah tau menyakitkan jiwa, folow gak tu sebab gandingan Umi Aida ngan Ako Mustapha kot.. :D

Dan kali ni gandingan Fasha Sandha dgn Rusdi Ramli pun nampak macam bestttt jer.. tapi watak dia org deduanya baek. Mana bolehhh... slalunya kalo pompuan baek, laki mesti jahat, dan sebaleknya.

Episod smalam, 24 Julai 2006 [dah episod 10 dahhh]:
- Farid [lakonan Rusdi Ramli] dah dapat kejer di tapak pembinaan... siannn diakannn
[pandai mamat ni bawak watak dia.. sekali tengok macam budak lurus bendul pun ada]

- Pehtu Cat @ Khatijah [lakonan Fasha Sandha] dengan Mak Long [lakonan Norlia Ghani] jual nasi lemak... laku nasi lemak dia org.

- Faizal, [lakonan Beego] adek bongsu Farid, rindu sangat kat Farid. So dia tepon mak we dia, Kim [lakonan Nabila, anak Amy Search] mintak nombor tepon abg dia. Tatau Kim cakap apa over phone, cuma Faizal conteng2 kat paper.. pehtu kata.. 'itu jer..' then scene Faizal nampak Cat ngan Mak Long jual nasik lemak.. maka berguguranlah airmata Faizal.

- Syed Faris [anak paling jahat, lakonan Zulhuzaimy.. mantap lakonan dia, rasa mcm nak tembak ngan M16 jer] dok tolong member dia dgn bagi pinjam duet RM500 ribu.. [ni sure kawan makan kawan nanti ni..]

- Rini, [lupa lak nama minah ni] mak we Faris kena leter ngan mak [lakonan Hamidah Wahab, Rasit Sibir ni suka beno amek minah ni blakon] dia sebab sampai laa ni si Faris tak datang2 meminang. Banyak sangat alasannya. [yg ko dengo sangat tu watpernyer.. ]

- Mak Rini jumpa Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas [kena penuh, sebab dia kalau sebut nama diapun mesti penuh punya], kekonon nak tanya kabar... tapi sebeno2nya tak sabo2 nak suh datang meminang.. apa punya emaklaaa.. mcm dia lak yang nak kawen. Pehtu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas [panjangggnyer nama] jemput mak Rini dtg sempena Besday Walid [lakonan mantap M. Rajoli, kalaulah ramai Syed2 kat luo tu mcm pangai dia ni kan baguih..]. Maka gumbiralah mak Rini... [dlm hati mesti dok ingat Walid akan announce pertunangan anak mereka.

- Farid teringin nak jumpa Walid. Slalunya Farid akan belikan bingka ubi untuk Walid sempena besdaynya. Tapi Farid takut sama itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas. Tapi sebagai isteri yang soleh, Cat suh gak Farid belikan bingka ubi pehtu bagik sendrik kat Walid.

- Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas dok tepon kengkawan dia bagi tau jgn lupa datang party dia. At the same time, Wali pulak tepon org yang sama kata cancel.. [kengkawan dia orng ni tak konpius ke.. kalau idak dah boleh kurus, sebab konpius]. Tunggu punya tunggu Rina & family jer yang datang. Orang lain nan ado kekdahnyer.. itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas sudah senyum dalam gerammmm..

- Farid dan Cat nak pi umah Walid nak bagi bingka ubi. [akak heran la apsal dia orang tunggu teksi kat tempat golap, pehtu mat rempit men motor kat lorong2 ekk, konpius jap] Itu mamat rempit sudah langgar kaki itu Farid laa... tapi itu bingka ubi maseh lagi boleh diselamatkan. Disebabkan Farid payah nak jalan, so dia suruh Cat pegi sendrik [masa ni akak dah tak sodap ati dah ni.. mesti itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas akan buat sesuatu]

- Farid sampai di rumah, sib bek Mak Long ada. Rupa2nya kaki Farid berdarah. Masa mak long tengah balutkan kaki, Farid tanya siapa mak dia. So mak long citerlah, mak Farid dulu penah kejer ngan Walid. Ayah Farid pulak kejer tempat lain, jarang2 balek. Ramai org kata Farid anak luar nikah sbb tak ramai yang tahu mak + ayah Farid dah nikah.

- Sampai ke sudah party, nan ado announcement yang dinanti2kan [sbb si Rini tu bukan CT Nurhaliza.. muahaha.. apa ketan pun tatau]. Rini & family pun balek. Masa tu ler Cat baru nak sampai [dengan bingka ubi dalam plastik of coz!]. Nasib baek masa tu Faizal ngan Kim ada.

- Maka Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas teramatlahhh marahnya apabila melihat akan si Cat itu sebab takder saper yang jemput dia datang. Dan Cat dengan muka yang amatlahhh sodihnyo, mintak permission nak jumpa Walid sbb nak bagi kueh tu. Jgan ko harap itu Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas mahu bagi ko jumpa dengan Walid, dengan alasan Walid tak makan kueh macam tu, pehtu katanya Walid dah tido.. [baper banyak alasan daaa] Tapi Cat bagi jugak kueh tu kat Shrifah Mahani Syed Ali Al-Atas dengan harapan kueh itu akak diberikan pada Walid. Dan dengan selambanya Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas telah melemparkan kueh itu berdebuk kat tangga dan pada masa yang sama Farid sampai kat situ... sedihnyerrrrrrr..

sambungannya kena tunggu menggu depang... sure Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas akan kenakan Farid dan Kat secukup2 rasa... ajinomoto

nota kaki: 'tarik nafas pepanjang' waiemmm, fenatnyerrrr nak review citerrr ni... ini baru satu episod

5 comments:

waiem said...

muahahahaha yayyyyyyyyy *tepok tangan standing ovation tok kak jay*

mek yg baca ni pon fenin...alahai shepah mahani pjg noo nama...ari ahad bleh tengok ulangan...

soklan : apa ketan warna jingga sama ini drama?

Anonymous said...

itu soklan kena tanya sama itu rasit sibir laa..

takpun kena tunggu abis citer ni la.. dgr mcm ada sambungan 1,2,3 dan 4.... jenuhlaaa nak tau makna mentari jingga tu nanti..

errr.. waiem fenin tang mana? akak kalau buat karangan memang fail.. takder perasaangg.. :(

Anonymous said...

warna jingga tu umpama waktu senja.. waktu senja banyak benda berlaku, kadangkala org tu insaf bila umur dia dah nak senja..cth shepah mahani nanti baru insaf herta dunia /keturunan hanya sementara sahaja... hik hik hik saje je... apa apa pun kak jay ucapan tahniah wat ribiew ini drama... mek suke mek suke u olss.. (apa kejadahnya bahasa mcm ni ek...)

Anonymous said...

This is very interesting site... Titus protective eyewear http://www.eyewear-5.info/eyewearframesbrandkatsu.html Can you design a web page with optonline Anne klein eyewear oakley prescription eyewear soft spike juicy cashmere wrap sweater Adelaide internet marketing consultant http://www.chrysler-car-stereo.info/eyeglasses_ft_lauderdale.html Inglis dishwasher parts Voltage on car batteries Cadillac brogham parts http://www.fax-2.info/callcenter_gemeente_rotterdam.html scrabble words Quality acura Headphones+for+gaming+to+use+in+pc Retro brand hand painted eyeglasses Sneakers for cellulite Online courses from community colleges sonic eyewear review

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »