Monday, July 31, 2006

'Entry kali ni modnyer bercampur-campur'

Putera sulung Wan Nurani @ Ijipp @ Pelanduk dikalangan rerakan PFS
[nama maseh dlm pertimbangan, berkemungkinan AIMAN NAZRIN]
'gambar ehsan waiem, timer kasih ciguu'

Ari Sabtu, 29 Julai 06, akak bersama Kak Aidid, Waiem dan Lanmeetoo pergi menziarahi salah seorang rakan PFS [Petrol Free Setahun yang akak kenal dari AF1] yang baru melahirkan putera sulungnya di Pusat Perubatan Kampung Baru [Kampung Baru Medical Centre]. Kebetulan masa kami sampai kawan akak ni dah siap2 nak kuar dah. Tapi sempat lagi laa bersembang dan bertanyakan saat2 ketika hendak melahirkan. Masa tu baby takder sebab nurse nak buat final check-up rasanya. Then selang 5 menit barulah baby sampai.. memang comel.. memang montel.. saling tak tumpah macam muka bapanya.

Ini merupakan kali ke-2 akak berjumpa dengan Hakimi, asben Ijipp. Orangnya peramah, dan dia begitu gembira sekali untuk berkongsi kegembiraannya dengan kami. Kelakarpun ada bila dia bercerita beberapa insiden di dalam bilik bersalin. Antara dialog2 akak dengan dia [lebih kurang ginilah dialognyer]:

Kimi: saya marah doktor tu kak... ada ke dia pukul bontot anak saya
Akak: masa tu baby nangis tak?
Kimi: tak.. dia diam jer..
Akak: lerrr... patut pun doktor tu pukul montot diaa..

Kimi: pehtu saya marah lagi doktor tu
Akak: apsal plak?
Kimi: ada ke dia jolok2 mulut anak saya.. saya tanya ke dia.. awak buat apa tu..
Akak: ooo.. tu dia nak buang lendir dlm mulut baby
Kimi: saya tak tau doktor tu nak buang lendir...
Akak: [sib bek lerrr ni anak sulung.. kalau idak.. mau si Kimi ni kena penampo ngan doktor tu]

Oh ya, masa tu mak mertua Ijipp pun ada. Senyum jer dia dengar anaknya bercerita. Tapi paling ngeri bila Ijipp sendri mengaku betapa saketnya sakit nak bersalin tu. Sampai la ni akak terasa ngerinya.

Disebabkan Kimi sibuk nak mengangkat beg2, mak mertua Ijipp pun sibuk nak mengemas, so akak pun pegangkanlah baby tu sampai ke kereta. Masa lalu di lobby hospital tu, ramai yg memandang akak, espceially ke baby tu ler kot.. sebab baby tu memang comel... memang montel.. agaknya dia org ingat baby tu anak akak agaknya. Masa tu akak rasa 'bangga' sangat, ekceli sebak pun ada. Dalam hati terdetik... kalaulah baby ni anak akak sendiri.. alangkah bangga dan gembiranya akak.. dan orang yang paling gembira di dalam dunia buat masa itu tentulah suami akak. Kerana telah lebih 10 tahun dia menanti.. dan maseh tetap setia menanti akan zuriatnya yang akak tak tau bila akan munculnya [sori.... emo sket]

Kena berhenti di sini.. sebab....

8 comments:

Anonymous said...

wahh takde sapa nak melawat baby saya ka? ahad lepas ada lagi kat ampang putri.. huhuhu.. err kak Jay.. sebesday dgn my baby kena lawat ni.. 2 minggu lagi maybe pulang ke utara.
emmm teringat baby pertama.., dr buat mcm tu gak couse baby mcm tak sedar lagi(belum menangis) yg ke 2 ni elok je keluar dah nangis so dr pun tak buat lah mcm si kimi dok cerita tu... biasalah anak pertama... gubra.. anak ke 2 dah leh cool... :)

waiem said...

Sabar la kak. Saya doakan akak dipercepatkan dapat baby. Jgn la sedih kak at least akak ada asben di sisi taim susah senang...*pelok erat kak jay*

*tunggu ribiu MJ* smlm den tertido awal kepenatan banget+posa

waiem said...

Frodo, ko wat la open haus nnti we all datang lawat...hehehe

Anonymous said...

waiem: datang je lah.. tak yah wat open house... ,kalau open house kena time raya lah dtg
MJ semalam padan muka si faris, kena tikam ... yezzzzzzz

shay said...

kak jay./..rezeki ada..insyallahhhh...

tunggu jek baby isfahan tu kuar (nie kan nama yg akak suka ittew)

montelllnya baby ijip...mmg sebijik muka kimi felix...

Anonymous said...

Kak Iffa .. timekasihlah sebab tolong pegangkan baby saya. Sorry lambat reply. Sebenonya saya terharu sebab akak blog pasal baby saya hehhehehehe

Sabar jelah kak. InsyaAllah Kalau rezeki tak kemana cam makcik saya tunggu 10 tahun gak last2 dapat jugak anak. Sekarang ni budak tu dah besor panjang pun huhuhuhu

Anonymous said...

Keep up the good work deco jewelry

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! cell phone ring tones army backpack Used blackberry nextel phones Consumersearch.com digital cameras review