Tuesday, August 01, 2006

Mentari Jingga, 31 Julai 2006 [episod akhir, buat musim ni..]

Sebelum akak nak citer pasai Mentari Jingga ni kan... memangler citer ni ngetop ngalahkan di Era... tapi endingnyerr... makan ati deknon... makan atiiii... mencik tau rasit sibir ni.. slalu buat org berteka-teki.. kena tunggu berapa season ler kot baru tau ending sebenornyer... akak semalam, seperti biasa, bersemangat waja la nak tau ending citer ni kan.. dah sah2 episod akhir katanya. Mata ngantukpun tahan gak.. sebab nak buat review, atas permintaan cigu akak ni haaa...

- Sambungan dari episod minggu lepas, Farid sampai ke rumah Walid semasa Sharifah Mahani Syed Ali Al-Atas [akak guna sengkatan Umi la ek, sebabnya panjang sesangat nama tu, penat nak taip] sedang melemparkan kueh bingka yang dibawa oleh Cat berterabur ke tangga. Farid sedih sangat sebab sampai hati Umi buat dia dan Cat mcm tu. Umi ingat Faizal yang jemput Farid datang. Farid bagi tau dia memang nak datang sebab nak wish Walid dan nak bagi kueh bingka ubi. Tapi itu Umi bertambah2 meluat, macam2 dia kata... dia kata Farid anak haram la.. anak luar nikah la.. tak tau malulah.. tak reti2 bahasa la.. keturunan tak baiklah.. tak sama taraf la..[yang ni akak nak naik hangen pun ada.. mcmla keturunan SHARIFAH & SYED tu baek bebeno.. sori ter emo jap... biasalah akak kan suka emo.. :) ]

- Tengah2 bising tu, Walid pun keluar... bila Walid nampak jer Farid.. wajah Walid bertukar gembira dan sedih. Persoalannya.. mcm mana kueh bingka yang dah sah2 bertabur atas tangga, boleh elokkk jer dlm bekas tu.. [si rasit ni... itupun dia tak pasan!]. Tambah gembira bila Farid bagi tahu dia bawakan Walid bingka ubi. [glemer pulak bingka ubi dlam citer ni] Tapi hasrat Walid tak kesampaian nak menjamah kueh tu.. bila Umi rampas kueh tu dari Walid. Sebab tak mahu Walid dan Umi bergaduh, Farid ajak Cat balek. Faizal cuba menghalang, dan seperti biasa Faizal pulak kena marah dgn Umi. Selepas Farid ngan Cat balek, Kim ajak Faizal pegi rumah Farid, sebab dia rasa tak sedap hati.

- Walid main piano.. tatau pulak tajuk apa, sebab tak terangggg bunyiknyer.. kengkadang ke laut, kengkadang ke darat.. tetiber Farid datang bawakkan kueh. Farid kata mesti Walid ingat dia dah balek.. Farid kata lagi 'selagi Farid bernafas, Farid takan lupakan Walid', pehtu dia nak suapkan kueh bingka ubi ke mulut Walid, tetiberrr Farid hilang.... rupanya yang datang hanya bayangan Farid jer.. siannn kat Walid.. [masa ni akak dah emo dah.. mata dah pedihh... mencik aaa rasit sibir ni.. suka tau buat akak nangis]

- Mak Long membebel sebab dah tengah malam baru Farid ngan Cat sampai rumah. Masa tu Farid dah pucat dah, pastu dia pengsan kat tangga sebab kakinya bleeding. At the same time, Faizal ngan Kim sampai. So Faizal bawak Farid ke hospital.

- Esoknya bila sedar jer, Farid tanya sape yang bawak dia ke hospital. Bila dia tau Faizal yang bawak, dia terus ajak Cat dan Mak Long balek. Sebab kalau Umi tahu, sure Faizal kena marah ngan Umi. Bila Faizal kena marah ngan Umi, sure Walid akan backing Faizal. Pastu sure Umi dan Walid akan bergaduh. So, Cat pun kenalah ikut cakap Farid. Walaupun sebenarnya kaki Farid tu maseh belum sembuhpun.

- Walid tanya Faizal pegi mana sebab pagi baru balek rumah. Faizal kata dia hantar Farid ke hospital sebab Farid pengsan. Pastu Walid ajak Faizal jumpa Farid.

[baru berkesempatan nak sambungan balek cerita, pencerita ada masalah negara sejak menggu lepas, nanti akak citer]

- Walid ngan Faizal pegi rumah Farid. Mak long yang sambut, terkejut dia bila nampak Faizal dan Walid datang. Masa tu Farid tengah tido [tido sambil duduk... sian dia.. umah tu mana der sofa ke.. kerusi ke..]. Bila Walid tengok keadaan Farid, terus Walid menangis. Nak kejutkan Faridpun Walid tak sanggup.

- Kat rumah Umi dok tanya Faris, Walid pegi mana. Faris kata Walid dgn Faizal pegi umah Farid sbb Farid masuk spital [saper laa dok citer ngan si Faris ni.. camner dia leh tau pun tatau]. Bila dengar jer, Umi terus mengamuk. [ekceli sampai ler ni akak tatau apsal Umi mengamuk sakan bila dengar nama Farid, mungkin kena tunggu 2-3 season baru tau sebabnya].

- Farid dah sedar [tatau ler dia tido ke, pengsan ke.. takan org bercakap kat tepi diapun dia leh tak dengo]. Walid pujuk Farid balek umah and of coz la Farid takmo dah balek umah Walid tu.

- Kat opis, Sharifah Dora [emak Rini, makwe si Faris] datang jumpa Faris. Dokla tanya bila si Faris ni nak kawen ngan Rini. Pehtu dokla pot-pet2 @ hasut si Faris ni. Yang si Faris tu pun men angguk jer laa..

- Umi jumpa mamat mana entah nama Pak Mijo [lakonan Yalal Chin, yg sah2 tengah gian]. Dari percakapan dia org ni macm Pak Mijo tau asal usul si Farid. Bila nak blah, Umi bagi duet pada Pak Mijo buat belanja. [mcm manalah Umi leh percaya pada si gian ni.. kenyangler dia].

- Faris dok jumpa Ben [kawan dia yang pinjam duet 500 hibu tu] kat lorong mana tah, tanya bila dia nak bagi balek duet dia. Of kozlah mamat tu kata dia takder duet. [kalau ada duet wat mender nak pinjam org, ya tak!]. Dah penat minta, tak juga dpt duetnya, Faris pun blah. Pak Mijo pun leh enterprem kat situ siap kena marah ngan Faris sebab halang dia nak jalan.

- Pehtu tetiber Faris datang dari mana entah, mabuk2 siap muntah2 bagai. Pehtu datang satu van, kuar 2-3 org siap pakai mask [ala yang org pakai nak men salji tu.. akak lupa la namanya] pukul si Faris. Dah sah dia mabuk, lagi ler senang kena belasah. Tetiber ada sorang mamat ni kuarkan pisau ala2 pisau Rambo, tapi kecit jer.. dok tikam Faris 2-3 kali. Nampaklah darah Faris menitik2 kat tanah. Ingatkan si Faris ni mati ke pengsan ke.. dia boleh jalan lagi tu.. [payah sungguh nak matikan org jahat ni ekk]

Pehtu kuar lagu ending dia... akak pun ternganga.. 'Alaaaaa.... takan dah habisssssss, fenat laaa mauk nunggu next season'... dan bermacam2 lah sumpah seranah akak kat citer tu...

11 comments:

waiem said...

kena tengok ulangan ni...part kueh bingka jek muahahaha

lerr dah abis episod dah ke? minggu depan citer pe plak?

*tgh tunggu rasit sibir amek ady putra *ehem* blakon*:P

waiem said...

u ols, sabtu jupe kat gerai nasik lemak aritu la...kita pi sesama...kang pi sendiri kang harus minggu depan baru sampe muahahaha *larikk ke gerai fringgg*

Anonymous said...

bila sambungan akak nak cite ni? ehh episod terakhir ka? abistu si faris kena tikam mati ke tak

Anonymous said...

Hi Kak jay.
tolong cite lagi... plsssss.


june

Anonymous said...

ngengader tul laaa astero ni.. last week yo yo oo kata episod terakhir... sib bek smalam saja jer standby depan tb..

june, akak mmg nak citer.. tengah amek mood ni haa.. serabut kepala ler ni..

Anonymous said...

THANKS KAK JAYY.
I SANGAT2 TERHUTANG BUDI

Anonymous said...

Rajinnyaaaaaaaaaaaaaa ko buat sinopsis. Meh sini ko datang umah aku, kita main-main buat cupcake, nak? :)

(tumpang lalu nak kata HI!! to Sempoii if she comes by, hehe).

Eh, boss kita nak berhenti eh? Abis tu, sapa jadi boss baru? Update me eh (via email lagi best!) Thanks laling!

Anonymous said...

CK ni siapa ah? member kak jayy ke?
kongsi satu boss lagik?

Anonymous said...

saper pulak la si anon ni..

cupcakes??? I bab2 buat kueh + kek segala ni memanglahhhh fail... kalau masak rendang ke.. soto ke.. boleh ler..

aah CK, bosku nak berhentiiiii.. [ni sure Ros yang bagi tau ni] dia nak join Telekom... 'wuaaaaaaaaa sedih ooooo' bos baru tatau saper lagi... insyaAllah, arini dpt tau kot. [nanti kalau I rajin I buat satu entry pasai dia, tapi kalau rajinlah ekk]

cik anon, akak ngan CK dulu satu dept... cubicle sebelah2 jer.. akak ni selalunya jadi tukang amek bunga2 dia tetiap bulan.. pakwe si CK ni dulu, tetiap bulan anto bunga.. romentik oooo

Anonymous said...

Very nice site!
»

Anonymous said...

Keep up the good work » »