Wednesday, August 22, 2007

Sambutan Hari Jadi yang ditunda... [4 Ogos 2007]

Kalau kat PD dulu kira ala2 celebration untuk anniversary, kali ni akak n' family celebrate birthday akak ngan asben plak.. makan2 ngan family jer.. family akak bukannya besar manapun..


Kalau nak diikutkan, plan ni hampir2 nak kena kensel... sebabnya akak teramatlah penatnyer nak melayan latihan cheerleader yang tak abis2 selagi tak sampai harinya iaitu 7 Ogos tu... ari2 kena balek lambat.. lepas training kena plak buat kejer lain.. mana tak penat.. pehtu dalam masa yang sama gak kengkawan akak nak join futsal tournament.. sib baik last minute cancel.. mana larat nak belah badan jadi dua maa...


So, seperti yang telah dirancang, so akak buat reservation kat restoran Seri Melaka di Amcorp Mall.. actually, salah sorang anak sedara akak part-time waitress kat situ.. tapi ler ni dia dah tak kejer dah, sebab dia dapat masuk tingkatan 6..


yang amek gambar tu kena 'anxiety disorder' kot.. tu yang blur tu..



antara menu-menu yang akak order malam tu

antara anak2 sedara tersayang

Hajat di hati kalau boleh, setiap kali birthday akak ngan asben [sementelah birthday we all selang 4 hari sahaja] akak ngan asben berhajat untuk bawak the whole family makan2 especially kat tempat2 yang dia orang tak pernah pergi...



Akak tak tahupun anak2 sedara akak nak beli cake utk surprisekan akak... memula tu rasa pelik juga sebab masa untuk desert [cendol + sagu gula melaka] budak waitress tu letak piring kecil.. akak pun punyalah lurus bendol.. tak terpikir plak dia org nak belikan cake.. dah terdetik kat hati nak tanya.. apsal bagi piring kecit plak ni.. elok jer nak tanya.. tetiber staf kat situ bawak keluar cake plak.. maseh tak caya lagi.. ingatkan kot ada org celebrate birthday gak kat situ.. bila cake tu dah betul2 kat depan mata baru percaya..


Walaupun cake tu tak sebesar mana, tak sesedap mana, tak secantik mana dan tak semahal mana, namun bagi akak.. itulah cake yang PALING MAHAL bagi akak.. rasa hiba pula.. nasib baik asben akak ada kat sebelah, terus dia peluk akak... kalau tak rasanya dah berderai airmata kat situ..


Masa birthday akak yg lepas @ 27 Julai, 2 orang anak sedara akak buat surprise, datang office akak bawak kek kecit ala2 nak celebrate birthday akak... sampai2 jer kat lobby office, terus dia orang terus wish + peluk akak... hadiah paling berharga untuk akak buat tahun ini. Tak lupa juga ucapan2 dari rerakan futsal dan rerakan 'maya @ pfs'..

my whole family


Alhamdulillah, berjaya juga perancangan akak... moga2 tahun depan akak mampu lagi mengadakan majlis sebegini... amin...


'menyusul selepas ini corat-coret cheerleader'