Friday, January 11, 2008

'Assalamualaikum'


Petang ni, bos akak buat hi-tea untuk semua 'bakal2 staff' bawah dia.. tempat akak kejer ni re-organisation [tukar structure organisasi] nya memang semedang.. nak dijadikan cerita, masa bos akak bagi mukadimah.. dia siap wish happy new to everybody dan 'assalamualaikum'... haa kau.. gamat satu bilik bila dengar dia bagi salam...

Akak tanya member sebelah, dia tak pernah bagi salam ke sebelum ni? So kawan akak kata, setahu dia memang tak pernah... hairan gak.. tapi dalam hati akak 'alhamdulillahhhh...'

Sebagai 'alarm bergerak' kepada boss, akak kena ingatkan dia for the next meeting... nak dijadikan cerita gak... dia dah lambat 5 menet.. akak dah gelabah dah ni.. patutnya akak call dia lagi awal... so akak keluar dari bilik briefing dan call dia... pada masa yang sama, akak keluar bilik dia masuk.. so satu bilik dengar perbualan we all.. so bila akak masuk balik, semua dok tengok akak... 'errrr... sure muka akak blushing giler masa tu'

Boss akak ada sebut something about akak...nanti2lah, bila ada kelapangan akak nak nasehatkan dia, tak payah puji akak depan orang... nanti orang ingat akak ni macam bagus sangat... sebab akak tak rasa pun akak ni bagus.. banyak lagi yang nak dibelajar.. bila ingatkan kejer2 yang akak kena buat, terus naik bulu roma... manusia ni rambut jer sama hitam [errmmm rasanya peribahasa tu dah tak relevant dah kot.. ramai yang berambut perang ler ni], tapi hati siapa yang tahu.. kang tak pasai2 dapat musuh... tak semua orang suka dengan kejayaan orang lain... apa yang akak mampu lakukan, 'buat yang terbaekkkk...'

bos dah balek, asben dah sampai.. so tak reti2 nak balek...? bahagianya idup, esok ari sabtuuuuuu...

Saturday, January 05, 2008

Ermmmm....


Arini kena datang kejer sebab nak settlekan benda2 yang tergendala di dept lama.. kalau nak settlekan masa ari2 kejer.. alamatnya memang tak menjadi laaa.. masa bilanya nak buat, baru jer nak tarik nafas... dah kena panggil.. baru jer bercadang nak buat itu-ini.. dah datang kejer lain plak.. abis camner.. so kenalah korbankan ari sabtu akak... alaa bukannya selalupun..

Masa kemas2 barang kat tempat lama, rasa rugi sangat sebab 'terpaksa' buang beberapa barang koleksi akak.. kat tempat baru tak baper sesuai nak diangkut.. nak bawak balek rumah... ala2 menambahkan sampah-sarap jer.. so nak tak nak.. buang jer laaa..

Hopefully, lepas ni takler kena pindah lagi.. penat mengemas dah.. tempat baru kena kemas.. tempat lama lagiler kena kemas..

Smalam, bos bergurau ngan akak... 'I'll see you on Monday.. InsyaAllah [tapi dia sebut ala2 mualaf yang baru nak belajar.. kelakar bila dengar.. tapi ekceli akak lebih kesian kat dia..]. Pastu dia suruh akak arrangekan meeting dia ari Khamis @ 10 Jan 08.. dah sah2 ler dia lupakan.. aritu kat Maal Hijrah.. pehtu bila akak mention, kita coti then akak siap mention 'new year for Muslim' pandai plak dia jawab.. 'ooo Maal Hijrah' tapi macam mat salleh sebut laaa.. blasah jer laaa..

Semalam jugak akak terpaksa buat beberapa call ke US, Paris dan India sebab nak kena carikan balek resit2 dia masa gi sana.. credit card boss dah kena block.. so sebelum akak kena blasah dengan dia.. baeklaa buat apa2 yang patut... so nak tunggu hotel2 tu bukak, kenalah tunggu.. last2 dekat2 nak pukul 11 mlm baru kuar ofis..

Kira oklah tu.. smalam 2 kali dia sebut InsyaAllah... Maal Hijrah pun dia tau.. ler ni akak ingat nak bagi dia kurangkan sebut '4 letter words' yang tidaklah menyenangkan itu.. penah sekali akak tegur dia secara baik.. ok, dia say sorry.. oklah tu kan.. kang kalau tetiba ditengkingnya akak.. haaa.. saper nak jawab..

Yaaa.. mau pulangggg... sudah fenatlaaa.. menggu depan lagi mencabar.. boss mau jenjalan [bukan holiday daa.. kejer] ke Hong Kong, Dubai, New York and may be Paris.. fenin.. fenin...

Thursday, January 03, 2008


Transfer lagiiii...

Hari ni dapat surat dari HR... surat transfer [baper banyak kali transfer daaa]... pusing2 tang tu jugak.. nak dijadikan cerita, masa join kampeni ni, mmg akak kejer sebagai secretary, then tahun lepas masa bos akak berhenti dia sempat tukarkan akak ke bahagian admin [tapi kejernyer lebih kurang jer...]

Selepas lebih kurang setahun terumbang-ambing macam kapal nak karam, akak di offer utk jadi secretary kepada boss no.2 kat kampeni tempat akak kejer ni.. orangnyer teramatlah ditakuti oleh umat2 kat kampeni ni.. kalau sebut jer nama dia, satu kampeni leh tau macam mana perangai dia... sebelum ni pun akak ada jugak dengar cerita2 pasai mamat ni.. tu yang bila akak disuruh jadi 'temporary secretary' mamat ni.. dari tingkat 8 nak ke tingkat 14 tu akak rasa, kaki akak dah sejuk macam batu...

Tapi alhamdulillah, Allah tu maha mengetahui, maha penyayang.. hari pertama @ ala2 testing day.. dia siap bagi comments ... 'not bad, you did well'.... errr... lupa nak citer, mamat ni nama jer Melayu, tapi tak baper nak reti cakap bahasa Melayu mahupun cara idup orang Melayu... ermmm.. nak buat macam mana, akak nak cari makan, ikutkan jer laaa...

So sehinggalah hari ini, so far belum ada apa2 yang menyakitkan hati dia yang boleh menyebabkan dia merosakkan harta2 pejabat... yaaa... dia pernah menumbuk monitor pc sebab amorah yaamat kat sorang mamat kat sini, ler ni dia siap simpan monitor tu kat bilik dia buat kenangan.. cantek plak, sbb dia tumbuk monitor tu betoi2 tang tengah2.. so dah jadi macam bentuk abstrak plak akak tengok.. muahahaha, bleh?

So, secara rasminyalah rutin akak juga akan berubah.. masuk kejer sebelum pukul 8, walaupun office hour akak start pukul 9 pagi ok.. [dia pukul 7:30 am dah masuk kejer uols!] dan pulang rumah tak tentu masa.. mostly selepas pukul 6 ptg atau apabila matahari dah tak nampak dah.. [keluar rumah tak nampak matahari, balek pun tak nampak matahari...]

Kalau berkesempatan, akak nak ceritakan pengalaman akak hari2 bersama dia.. samada dia good mood or bad mood.. nak citer pasai asben, jumpapun masa nak tido jer.. nak citer apanya.. tido jer laa...

Oklah... arini 'line' nampak macam clear.. boleh balek awal kot.. see you....