Friday, December 23, 2011

Jalan-Jalan Ke Zoo Negara, Sabtu, 17 Disember 2011


Gambar binatangnya tak ada sebab sibuk mengejar si Aliyya yang tak reti dok diam...
Balek rumah dia orang rileks jer.. mak + bapak dia jer yang ala2 pengsan..
Punyalah lama tak ke Zoo Negara... fenatsssss...

Tuesday, September 13, 2011

Kembar Tak Sebaya



masa ni Aliyya baru 3 bulan kot

terserlah kebotakan masing-masing



raya last year.. rambut Aliyya macam tu gak laa



payah sungguh rambut dia nak lebat.. siannnn

Monday, September 12, 2011

Ratu Muslimah


bahaya ni, takbleh diamalkan selalu.. fesyen jenis apa ni? ni sepupu dia buat projek ler ni


kesian anak ibu, kena jadi mangsa model tudung




ni tudung rekaan Abah



Tetiba datang mood nak upload segala gambar..








Aliyya Si Ratu Kepak Ayam


Gambar 1


Gambar 2

Salah satu feberet food dia.. ayam goreng esp. kepak or peha ayam...

Entah bila ler rambut si kembang akak ni nak lebat.. kempunan nak buatkan dia tocang...

Friday, September 09, 2011

Rentetan kewujudan Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim...


dok belek-belek kat draft, ternampak entry ni dalam folder draft... memang ler dah berzaman citer ni.. tapi blog saya, suka hati sayalah kan bila nak publish.. at least bila dah tua nanti [kalau panjang umur laa] boleh gak ditengok balek... kenangan tu...


10 June 2008


Akak participate 'Bursa - So U Think You Can Dance? Ada hati masuk dance competition.. main redah jer, bukannya ada cikgu yang ajar... rasa ok, blasah jer.. tu yang tak menang tu.. err macam ler akak ni pandai sangat menari pun.. masa nak tunggu giliran, badan dah sejuk macam ais.. lepas menari badan akak berpeluh tak hengat mengalahkan mandi.. pektis almost a month... tapi takder rezeki... :(


11 June 2008


Pergi jumpa doktor - ingat nak amek mc. Badan rasa tak sedap, malam sebelumnya siap pitam lagi. Mungkin tempias dari kepenatan join dance competition..


Tatau kenapa, doktor suruh buat urine test.. mungkin sebab akak mention kat doc yang akak pitam, akak memang tak mengharappun.... harap dapat mc jer.. muahahaha.. lepas 2 minit, dua-duapun surprise gila bila tengok test tu positive.. 2-3 kali akak tanya doktor tu.. betul ke... bleh?? then buat scan, doktor kata nak masuk 6 minggu.. sebelum ni akak penah conceive 2 kali... sekali nak masuk 6 minggu gak then pastu baru nak masuk sebulan.. tapi takder rezeki.. :(

11 Julai 2008


Attend Annual Dinner organised by company tempat akak bekerja.. balek dari dinner, akak terima pengakuan dari seseorang yang begitu mengejutkan akak.. pengakuan apa..?? biarlah akak jer yang simpan sampai mati.. yang pasti pengakuan itu telah membuatkan hidup akak huru-hara, kerjaya akak hampir musnah.. nasib baik baby akak selamat dilindungi oleh Allah... kalau tidak.. mungkin akakpun dah takder kat dunia ni rasanya... ok stop citer sedih tu..


30 Ogos 2008


First time pegi check-up di Pusrawi... jumpa Doktor Salleh... belum apa-apa baby dah 'sujud @ menyongsang'... tapi kata doktor takper mungkin dia akan pusing balek... insyaAllah...



Nota: abang ipar + biras akak dok rekemen kat sini sebab abang ipar, anak dia dan sorang lagi anak sedara asben akak memang kejer kat sini... so kalau apa-apa senang dia orang nak jenguk..


September 2008 [dah lupa exact date]


2nd time pegi check-up - kali ni doktor kata baby dah dalam keadaan normal... tak sujud lagi.. legaaaa... development dia so far ok, tak over...


Oktober 2008 [pun dah lupa gak]

3rd time pegi check-up - doktor kata baby dah menyongsang balek.. ermmm.. itu jer lah kejer baby akak.. sat2 normal, sat2 nyongsang... tapi yang penting sihat.. development still normal... masa ni doc dah bagi hint, may be kena buat c-section disebabkan structure badan akak yang tak mengizinkan utk bersalin secara normal..


19 Januari 2009 [citer katun sket]

Normal check-up, lebih kurang pukul 11 pagi...


Barang2 dah standby dalam keter walaupun due date doktor kata 6 Februari... selalu doktor tu peksa sekejap jer.. asek2.. 'ni kepala dia.. ni tulang belakang dia.. bla.. bla.. bla..' tak sampai 10 menet.. dah habis.. kena tunggu nak jumpa dia berjam-jam... tapi aritu, lama sket.. lepas scan dia bleh cakap... 'jangan terkejut tau..' lerrr.. lagi ler kita saspen.. pastu dia kata.. 'saya nak awak masuk wad arini..' akak selamba jer tanya, 'apsal plak doktor?' sebab akak baru nak nego ngan doktor tu kalau kena c-section, boleh tak buat on 2 Februari sebab date dia cantek, bleh??? muahahaha.. lagipun akak tak rasa saket sangat, sikit2 jer.. leh drive lagi..


'lagi satu saya rasa kita proceed c-section petang atau malam ni depend pada OT [bukan overtime, tapi bilik bedah], available jer kita proceed... nak tunggupun tak guna, awak memang kena buat c-section gak, uripun dah matang, air ketuban dah nak kurang.. pukul 12 ni awak start puasa..' akak rasa nak jatuh jantung masa tu... dahler pagi tu bekfes makan sandwich tuna jer.. ni mesti kes doktor ni nak elak kena datang masa cuti raya cina.. mana tau masa tu akak saketkan.. so dia sajalah cepatkan.. muahahaha..


Masuk wad, lepas tukar baju, nurse datang untuk prepare akak masuk OT. Settle semua, maka ektibiti menalipon dan smspun bermula.. asben akak call adek-badek akak, akak plak call ofis ngan kengkawan... sampai nak habis kredit... kalau enfon tu leh bercakap, mesti dia kata.. 'weiiii penatla asek dengo conversation yang samaaa jer ayatnya, takder benda lain ke..


Lebih kurang pukul 3 ptg.. nurse datang sorong katil nak pi OT.. akak bleh tanya 'apsal cepat sangat, bukan malam ni ke?' akak dah cuak dah masa tu.. then nurse tu kata.. doktor suh proceed sebab bilik OT dah kosong.. hualohhhhh... then akak dengar asben akak call mak akak bagi tau dia akak nak masuk OT.. akak leh dengau mak akak menjerit.. 'ya Allahhh... anak akuuuu...' macam ler akak ni ada penyakit kronik jer kekdahnya..


Lebih kurang pukul 3:15 pm akak masuk OT, sebelum tu sempatlah mintak ampun ngan asben... manalah tau kan.... masuk bilik OT tu nampaklah segala gunting, pisau bagai.. akak tak penah masuk opsital ye deknon... ngeriiiii.... then doktor bius dok explain kat akak.. bla.. bla.. bla.. tapi akak leh tanya.. 'doktor, asben saya takleh masuk ke?' rules kat pusrawi.. kalau bersalin normal, asben leh masuk.. tapi kalau c-section, ko tunggu jer la kat luar..


Anak akak tak menyongsang ya uols.. tapi menyendeng.. [obligue (/) di sebelah kanan akak] dan dengan erti kata lain memang tak boleh keluar secara normal. Masa Dr Salleh nak tarik dia keluar, dia terpaksa mintak tolong nurse dan doktor bius tu tolong tolakkan... payah jugaklah nak kuarkan budak tu.. dan akak boleh rasa masa dia tarik baby akak.. dan lebih kurang pukul 3:48 pm, maka lahirlah putera akak yang 'terpaksa' akak tunggu selama 12 tahun akan kelahirannya... doctor yang sambut diapun dok canang kat dlm OT tu 'baby ni mak dia kena tunggu 12 tahun tau...'


pastu tatau dia orang bawak baby akak tu pi mana.. sampai akak tanya kat nurse tu mana baby... rupanya baby akak di bilik sebelah... lebih kurang 4:30 pm, akak keluar dari OT.. sekejap jer akak rasa..




Beberapa jam selepas dilahirkan


Walaupun mendapat tentangan hebat dari akak dan biras akak, tetapi disebabkan kuasa veto berada di tangan asben akak [dah sah2 dia yang pi register kan nama anak akak tu kann...] maka asben akak telah menggunakan segala kuasa yang ada untuk menamakan putera kami 'Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim'.


La ni anak akak tu ada beberapa nama...

~ Keluarga biras akak panggil dia Ncup, sempena citer Endon yang dia orang suka sangat follow tu..

~ Abang sulung akak panggil Engku Cik [nama singkatan untuk Tengku Kecik - entah mana datang darah kerabat tu pun akak tatau]

~ Emak akak panggil dia 'Jantan'.. sebab payah sangat nak dapat cucu lelaki.. dari sepuluh orang cucu.. ada 3 orang jer yang lelaki

~ Sepupu2 akak panggil dia Aliyy; and last but not least

~ Akak panggil dia 'SAYANG' jer... abis citer..


the latest nama Aliyy, ADAN.. sbb opahnya kata nama dia tu tak sesuai.. so opahnya telah menggunakan segala kuasa veto yang ada untuk mengubah nama Aliyy kepada SHAHADAN.. atau nama singkatannya ADAN.. tapi dalam surat beranak still Aliyy Akhbar Husseini laaa...


begitulah sedikit sebanyak citer Aliyy... citer Aliyya lebih kurang sama gak.. tapi Aliyya banyak citer sedih.. malas nak ingat balek..

Friday, September 17, 2010

Presenting 'Putri Irdeena Aliyya bt Md Shalim'


Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim dilahirkan pada 19 Januari 2009.
Putri Irdeena Aliyya pulak dilahirkan pada 26 Mac 2010.... haa... express x??? bertahun-tahun takder anak... sekali dia bagi, tetiap tahun.. errr buat masa ni cukup ler 2 orang ni dulu.. x larat tetiap tahun kena operate... kekdahnya kalau sepuluh org anak... sepuluh kali gak kena operate.. kalau murah tak per gak... ni leh buat down payment keter ngan umah..

Lagi 9 hari genap umur Aliyya 6 bulan... ibunya tak ada masa nak update the blog... siannn Aliyya... muka Aliyya pun sedih jer.. ni gambar masa last raya baru2 ni... buat sikit kenduri doa selamat utk Aliyya...


Aliyya dilahirkan cukup2 9 bulan, border line utk bersalin, so dia lahir dengan size yang agak kecil @ 2.5kg compared to the brother 2.9kg. Aliyya lahir pada pukul 11:43 pagi, hari Jumaat. Petangnya doktor masukkan dia ke ICU sebab heartbeat dia terlebih laju. So selama 3 hari Aliyya dalam ICU... keluar ICU, Aliyya kena kuning pulak.. hari ke-8 baru doktor benarkan Aliyya balek. Seminggu lepas tu, Aliyya dimasukkan semula ke wad selama 4 hari sebab kuning dia tak kurang2. Balek rumah seminggu then lepas tu masuk balek wad lagi selama 6 hari... kekdahnya minah ni asek kuar masuk spital jer laaa.. dah ler badan ceconet jer.. pehtu ari2 kena amek darah kat tumit dia.. sampai dah takder tempat nak amek darah dah kat tumit dia tu..

Hajat di hati nak breastfeed dia, tapinya minah ni nampak jer kecit tapi kuat menyusu... so kena tambah ngan susu tepung... tu yang terus 'kembang' tu... disebabkan per'kembang'an yang terlalu drastik, the whole family panggil dia KEMBANG.... sian anak ibu.. nama dah sedap.. tapi orang panggil dia KEMBANG.. kalau panggil dia Aliyya, dia nak tak nak jer toleh kat uols.. tapi kalau panggil KEMBANG... humanggg laju jer dia respond... siap senyum simpul lagi.. la ni dah pandai gaduh ngan abang dia.. siap tendang2 lagi... masa dia kecit, abang dia selalu buli dia.. la ni dia pulak buli abang dia... sah2 laa kaki si kembang ni lagi besar dari kaki abangnya uols..


Lepas ni kisah merempit Aliyy dan Aliyya..

Friday, May 22, 2009

Habit Baru Aliyy




Ni habit terbaru Aliyy... entah apa yang digeramkannya tak taulaa.. dengan mata bulatnya, macam marah sangatlah kekdahnya... marah dia.. marah Ibu dia tak tau... muahahaha..



Thursday, May 21, 2009

Akhirnya...



Ahad, 17 Mei 2009... akhirnya Aliyy berjaya meniarap sendiri... masa bila dia berpusingpun Ibu tak tau.. tengok2 dah meniarap jer.. actually Abah baringkan dia melintang... bila masa dia menegakpun tak tau... we all perasan dia meniarap pun sebab tau2 dia dah meraung.. Ibu kat tandas.. Abah masuk bilik kejap cari apa tah.. we all baru balek dari beli barang.. masing2 kepanasan.. tu yang Aliyy 'seksi' sket tu..

Tapinya kalau aksi begini, dalam pantang lagi dia dah buat.. masa ni Aliyy baru 25 hari...



p/s: sekarang ni asek kena tendang ngan Aliyy jer... lasak betul kalau tido


Tanam Pokok di Rimba Bursa @ Metropolitan Park, Kepong, 16 Mei 2009


Pepagi Sabtu tu, dalam pukul 8 pagi.. Ibu, Abah dan Aliyy dah keluar untuk join acara menanam pokok anjuran syarikat tempat kerja Ibu... lebih dari 300 batang pokok telah dibeli untuk ditanam.. tapi ada juga pemilik pokok yang tak hadir.. so staff dari DBKL ler yang tolong tanamkan.. acara ini juga dengan kerjsama DBKL dalam usaha untuk menanam 1 juta pokok..

Actually, Ibu pergi untuk wakil dari Kelab Futsal Wanita. We all beli 2 batang pokok... pokok jelutong dan pokok merawan siput jantan... tak pernah dengar plak nama pokok merawan tu.. setakat jelutong tu biasalah..

Dah lama tak pegang cangkul... tanah tu pulak punyalah keras... fuyooo berpoloh den dibuatnya.. dahler panas tak hengat.. sib bek Aliyy so nice that day... semua pun puji... 'baiknya anak you... panas2 macam ni tak nanges pun...' tu dia tengah baik... tak tengok masa dia tengah mengamuk... londeh kain dibuatnya..


ini la pokok Jelutong... kat ataih tu pokok merawan


Nanti bebila senang, boleh ler we all melawat 'pokok angkat' we all ni...


Wednesday, May 20, 2009

Jenjalan di Metropolitan Park, Kepong, 26 April 2009




First time bawa Aliyy jenjalan kat taman dengan stroller baru dia.. tapinya tak sampai setengah jam sampai, ari mula rintik... masuk jer keter... terus hujan daaa... tapinya sempat gak Abah makan eskim..

Aliyy memang tak suka guna stroller tu.. dia lebih suka didukung... masalahnya badan nampak jer kecik... tapi humangg 'hantap' gak.. berat betul tulangnya...


Tuesday, May 19, 2009

I luv him so much!!!



First time dapat publish gambar Aliyy ngan Ibu... dinner kat Tesco Jalan Kuching, ari Ahad @ 17 Mei 2009...

p/s: errr... badan Ibu dah naik balekkkk... kena jaga makan cenggini... bukan senang nak turun.. nak naik anytime... :(




Thursday, April 09, 2009

Aliyy's 'Naik Buai'




Tanggal 8 Mac 2009, bertempat di kampung Ibu, we all buat majlis naik buai @ berendui untuk Aliyy. Hajat nenek Aliyy @ emak Ibu nak buat kenduri di kampung tercapai juga akhirnya walaupun hampir-hampir nak di kensel di saat-saat akhir sebab banyak sangat halangan..

Menu untuk kenduri aritu:
~ rendang tok [special request dari emak Ibu]
~ ayam masak merah
~ acar timun dan nenas
~ gulai tempoyak ikan bilis
~ ikan masin + ulam2
[gulai tempoyak + ikan masin + ulam2 dpt free @ sedekah dari caterer]
~ pemanis mulut - bubur anak lebah..

Ibu rasa regret sangat sebab tak sempat nak ambik gambar bubur tu.. sebab memang payah nak dapat... orang tak suka nak buat sebab leceh, tapi sedapppp...

Pagi tu memang kelam-kabut, macam-macam nak dibuat.. kumpulan marhaban dah datang, tapi Aliyy belum mandi... boleh?? So kelam-kabut... tapi lepas siap semua, masuk jer buai Aliyy terus tidur.. punyalah nyenyak. Lepas marhaban continue dengan kompang pulak.. ini hajat Ibu sebab tak tau bila lagi nak buat kenduri yang berkompang bagai.. kalau adapun mungkin masa nak sunatkan Aliyy nanti.. errr kena tunggu 5-6 tahun lagi kot.. itupun kalau panjang umur dan murah rezeki.. insyaAllah.. being Aliyy, dia memang senang terkejut.. dengar jer bunyi kompang, dia pun menjerit nak sama kuat dengan kompang tu... terus bangun tak moh masuk buai dah...

So, itulah serba sedikit coretan 'naik buai Aliyy'... esoknya we all balek ke KL... fenatssss
Seronoknya Tengok Aliyy Tido


lena diulik mimpi


Ibu belum ada idea nak citer apa... so kita layan jer laa gegambars Aliyy ketika tido..

Ibu memang suka ambil gambar dia semasa tido, sebab masa tu jer dia reti dok diam..

Tuesday, April 07, 2009

5 April 2009

Petang Ahad lepas, sebelum operasi membuka hadiah @ walker Aliyy, Ibu dan Abah telah 'mengerjakan' rambut Aliyy yang dah beberapa minggu ditunda atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan. Nasib baiklah rambut Aliyy takler lembat sangat, tapi lembut..

Disebabkan terlalu dimanjakan dek 'Opah @ neneknya', proses mencukur rambut terpaksa dihentikan seketika sebab Aliyy mengamuk nak tido. Lepas bangun tido, baru sambung balek... so Aliyy tido dengan kepala botak separuh... Kalau ikutkan Ibu, kuasa nak tangguh-tangguh..

Alhamdulillah, berjaya gak Aliyy dibotakkan... tapi dia rasa pelik agaknya, lepas pakaikan topi, baru dia rasa selesa sket... alahai anak Ibu... buah hati Ibu...

Err.. Abahnya tolong sekejap jer, bila Aliyy mengamuk, terus dia surrender.. masuk bilik then dia pun tido macam anak dia gak..



4 April 2009


First time bawa Aliyy ke KLCC.

Nasib baik dia tak meragam… Actually, Aliyy tak banyak ragam, asalkan tempat tu sejuk, lena jer dia tido. Bising ler macam mana pun.

Tapi sebelum tu we all pergi ke Balai Polis Dang Wangi. Entah manusia mana, dah takder kejer lain agaknya. Dok bagi sms lucah kat Ibu. Bila sms tu bertukar ke aura-aura ugutan nak membunuh dan melibatkan Aliyy, Ibu dah takder pilihan lain, terpaksa juga buat lapuran polis demi keselamatan Aliyy. Apa motifnya, Ibu tak tau.. Ibu ni bukannya selebriti mahupun blogger yang terkenal..

Walaupun Ibu tau proses nak buat lapuran mesti lama, tapi demi Aliyy apapun Ibu sanggup lakukan. Tapinya kes ni kena refer ke Balai Polis Selayang ler pulak..

Selesai buat lapuran polis di Dang Wangi, we all proceed ke Maxis, KLCC sebab Ibu nak tukar nombor handphone dan tukar dari prepaid ke post paid. Semuanya kerana Aliyy, walaupun Ibu sayang sangat nombor tu. Dah bertahun nombor tu Ibu guna.

Selesai di Maxis, perut pulak terasa lapar. Espcially Abah la… tak sah kalau tak makan.. so we all proceed ke KFC. Aliyy tak buat hal, cumanya Ibu dan Abah kena gilir-gilir makan. Kalau dulu Ibu dan Abah hanya mampu melihat keletah anak-anak orang di sekeliling, tapi sekarang ni, lihat jer laa keletah anak sendiri pulak…

Dari KLCC, we all ke Balai Polis Selayang pulak. Hampir 2 jam di sana. Kes ni baru bermula.. apa kesudahannya Ibu tak tau.. dan kalau keadaan memaksa, Ibu dan Abah terpaksa pula ke Cyberjaya… segala-galanya demi Aliyy… Aliyy.. Aliyy dan Aliyy..


5 April 2009


Ari Ahad lepas Abah begitu excited nak buka hadiah dari geng-geng futsal Ibu. Ada 2 hadiah, tapinya lagi 1 hadiah kena tunggu Aliyy dah pandai berjalan baru boleh guna. Walker ni memang Ibu yang request. Dah orang tanya nak apa, kita mintalah benda yang belum ada.. tapinya Abah punyalah excited, kalah budak-budak..

Aliyy dan walker barunya

Terima kasih unties [Bursa Futsal Ladies], bagi Aliyy walker ni.. Aliyy suka sangat! sebab ada muzik @ lagu Twinkle-Twinkle Little Star.. senang sikit Ibu nak buat kejer..





Wednesday, April 01, 2009

Presenting my prince.. ALIYY AKHBAR HUSSEINI


buah hati ibu


Dah lama giler tak update blog ni.. salah satu sebabnya.. sebab akak malas.. especially masa peknenkan Aliyy... malas yaamat... dan ada lagi seribu macam alasan kenapa akak malas nak update...

So, since akak sendiri dah ada Aliyy, baikler akak citer pasai Aliyy akak ni jer.. selalunya akak melepak kat blog2 yang suka citer pasai children dia orang.. macam mana children dia orang meragam, merajuk... etc...

Pasni nak citer cronological Aliyy dalam hidup akak.. sebab tak sangka akak boleh peknen after 12 years been married.. memang tak expect langsung.. such a miracle.. tapi dugaan dan cabaran masa mengandungkan dia pun maha hebat gaklaa..

Tuesday, March 11, 2008

Setelah 3 bulan berlalu...

10 March 2008, genap 3 bulan akak di tempat yg baru... walaupun baru 3 bulan, tetapi macam2 pengalaman baru yang akak dapat.. yang mengampu.. yang talam 2 muka.. yang bersegi2... macam-macam... seribu satu macam jenis manusia.. semuapun adaaa... !

Dan syukur alhamdulillah, dalam tempoh itu juga, belum pernah sekali pun bos akak meninggikan suara mahupun memarahi akak... dengan akak prinsipnya mudah, kalau salah, mengaku saja dan kalau boleh in future jangan buat lagi.. jangan ler pulak, ko dah buat salah, pehtu tak reti2 nak mintak maap ngan dia.. memang ler kena baling ngan mug.. 'bukan ngan pen, okkeh.. dengan mug..'

Sepanjang 3 bulan juga, akak pernah melakukan '2 kesalahan besar'.. 2 appointments yg melibatkan orang luar.. 1 dari Australia, dan 1 lagi dari China.. malu... malu yang teramat, okkeh!

Kes pertama dengan delegates dari Australia, kesilapan akak kerana 'lurus bendul' yaamat, dia suh buat booking, so akak book jer laa.. takder laa nak contact org mamat2 Aussie tu.. sementelah nombor pun takder.. ha kau, mamat2 Aussie tu dok kat Shangri-La, bos akak tunggu kat Le Meridien, bleh? dan bos akak pulak lupa nak inform venue dah tukar.. dah 1/2 jam menunggu dia call, tanya mana mamat2 tu..? akak rasa nak tercabut dah jantung.. tapi cecepat mintak maaf dengan gaya bersalah tahap gaban, cipan ngan tapir.. so dia pun nasehat.. jgn buat lagi.. settle..

Kes kedua dengan delegates dari China.. ini lagiiii best.. sementelah dia org ni tak reti cakap omputih, so akak suh manager kat sini dealkan appointment ni.. bos akak plak asek tukar venue jer.. sat2 kat Shangri-la, sat2 kat Marriot... last2 decide buat kat KL Hilton... bila tukar venue akak cuba contact manager tu, takder plak.. meeting kot.. so tinggal pesan kat member sebelah.. tatau ler member tu inform apa... sudahnyer mamat2 China tu tunggu kat Shangri-La, bos akak tunggu kat KL Hilton, sib bek sempat call mamat2 tu suh pergi KL Hilton... dan sekali lagi mintak maaf tahap gabanpun keluar... sib bek aritu mood dia very the good one..

Dan malam semalam dia suh akak buat breakfast meeting dengan sorang pak arab pagi ni (11/3/08) kat Le Meridien kat Coffee Shop katanya .. so akak double check kat otel tu ada ke coffee shop kat situ... seingat akak yg mmg pelupa ni mmg takder Cafe ke apa ke yg nama mcm tu kat hotel tu.. then sib bek akak call mamat arab tu tanya venue mtg.. haa kau, mamat arab tu dok nuuu kat westin, kl... kalau akak tak call, mau la sorang tunggu kat Meridien, sorang kat westin.. tapi ni bukan silap akak.. so bos akak pulak yang mintak maap, bleh?

Sejak akhir2 ni, akak selalu gak spent masa bercerita ngan boss.. tapi mostly citer pasai kejer laa... pasai family payah sket nak citer... sensitip... takut nanti akak tanya benda2 yg akan menyinggung perasaan dia..

Banyak hari yang akak sempat senyum jer ngan dia.. langsung tak sempat nak bercakap pun.. begituler kekdahnyer bila jadi secretary org2 'atasan' ni.. kuar-masuk bilik tukar file gi meeting jer.. ari Khamis ni dia nak pi Korea plak.. sib bek tak jadi gi Chicago.. plan asal dari Korea ke Chicago then ke Kota Kinabalu sebab dia nak celebrate anniversari dia atas gunung nu...

Bospun dah lama balek... akakpun nak balek gak laa.. esok dia coti.. yayyyyy! esok boleh join training futsal waktu lunch time, then join badminton lepas kejer... bahgianyer.....

Friday, January 11, 2008

'Assalamualaikum'


Petang ni, bos akak buat hi-tea untuk semua 'bakal2 staff' bawah dia.. tempat akak kejer ni re-organisation [tukar structure organisasi] nya memang semedang.. nak dijadikan cerita, masa bos akak bagi mukadimah.. dia siap wish happy new to everybody dan 'assalamualaikum'... haa kau.. gamat satu bilik bila dengar dia bagi salam...

Akak tanya member sebelah, dia tak pernah bagi salam ke sebelum ni? So kawan akak kata, setahu dia memang tak pernah... hairan gak.. tapi dalam hati akak 'alhamdulillahhhh...'

Sebagai 'alarm bergerak' kepada boss, akak kena ingatkan dia for the next meeting... nak dijadikan cerita gak... dia dah lambat 5 menet.. akak dah gelabah dah ni.. patutnya akak call dia lagi awal... so akak keluar dari bilik briefing dan call dia... pada masa yang sama, akak keluar bilik dia masuk.. so satu bilik dengar perbualan we all.. so bila akak masuk balik, semua dok tengok akak... 'errrr... sure muka akak blushing giler masa tu'

Boss akak ada sebut something about akak...nanti2lah, bila ada kelapangan akak nak nasehatkan dia, tak payah puji akak depan orang... nanti orang ingat akak ni macam bagus sangat... sebab akak tak rasa pun akak ni bagus.. banyak lagi yang nak dibelajar.. bila ingatkan kejer2 yang akak kena buat, terus naik bulu roma... manusia ni rambut jer sama hitam [errmmm rasanya peribahasa tu dah tak relevant dah kot.. ramai yang berambut perang ler ni], tapi hati siapa yang tahu.. kang tak pasai2 dapat musuh... tak semua orang suka dengan kejayaan orang lain... apa yang akak mampu lakukan, 'buat yang terbaekkkk...'

bos dah balek, asben dah sampai.. so tak reti2 nak balek...? bahagianya idup, esok ari sabtuuuuuu...

Saturday, January 05, 2008

Ermmmm....


Arini kena datang kejer sebab nak settlekan benda2 yang tergendala di dept lama.. kalau nak settlekan masa ari2 kejer.. alamatnya memang tak menjadi laaa.. masa bilanya nak buat, baru jer nak tarik nafas... dah kena panggil.. baru jer bercadang nak buat itu-ini.. dah datang kejer lain plak.. abis camner.. so kenalah korbankan ari sabtu akak... alaa bukannya selalupun..

Masa kemas2 barang kat tempat lama, rasa rugi sangat sebab 'terpaksa' buang beberapa barang koleksi akak.. kat tempat baru tak baper sesuai nak diangkut.. nak bawak balek rumah... ala2 menambahkan sampah-sarap jer.. so nak tak nak.. buang jer laaa..

Hopefully, lepas ni takler kena pindah lagi.. penat mengemas dah.. tempat baru kena kemas.. tempat lama lagiler kena kemas..

Smalam, bos bergurau ngan akak... 'I'll see you on Monday.. InsyaAllah [tapi dia sebut ala2 mualaf yang baru nak belajar.. kelakar bila dengar.. tapi ekceli akak lebih kesian kat dia..]. Pastu dia suruh akak arrangekan meeting dia ari Khamis @ 10 Jan 08.. dah sah2 ler dia lupakan.. aritu kat Maal Hijrah.. pehtu bila akak mention, kita coti then akak siap mention 'new year for Muslim' pandai plak dia jawab.. 'ooo Maal Hijrah' tapi macam mat salleh sebut laaa.. blasah jer laaa..

Semalam jugak akak terpaksa buat beberapa call ke US, Paris dan India sebab nak kena carikan balek resit2 dia masa gi sana.. credit card boss dah kena block.. so sebelum akak kena blasah dengan dia.. baeklaa buat apa2 yang patut... so nak tunggu hotel2 tu bukak, kenalah tunggu.. last2 dekat2 nak pukul 11 mlm baru kuar ofis..

Kira oklah tu.. smalam 2 kali dia sebut InsyaAllah... Maal Hijrah pun dia tau.. ler ni akak ingat nak bagi dia kurangkan sebut '4 letter words' yang tidaklah menyenangkan itu.. penah sekali akak tegur dia secara baik.. ok, dia say sorry.. oklah tu kan.. kang kalau tetiba ditengkingnya akak.. haaa.. saper nak jawab..

Yaaa.. mau pulangggg... sudah fenatlaaa.. menggu depan lagi mencabar.. boss mau jenjalan [bukan holiday daa.. kejer] ke Hong Kong, Dubai, New York and may be Paris.. fenin.. fenin...