Monday, October 08, 2007

Yayyyy.... nak balek rayaaa...


Arini ari Isnin... esok Selasa.. lusa Rabu.. yayyyy ari Rabu mau pulang ke kampung terchenta... malasnyer nak buat kejer.. kepala dah ada kat kampung dah waktu2 cenggini.. kosser aaa nak penatkan kepala ngan kejer2 yg tak abis-abis ni.. baek fikir raya nanti nak masak apa.. sampai kampung nanti nak buat apa..

Tapi tak bestnyer tahun ni akak beraya ngan famili, tapi asben akak mungkin petang raya pertama or pagi raya kedua baru balek kampung.. sedih tu memang ler sedih.. tapiiiii bila difikir2kan.. bagus jugak.. kalau tidak pepagi tu dah rushing nak pegi solat raya, pehtu kena plak bergegas ke kubur, pehtu bergegas mintak ampun ngan mahap mana yang patut, pehtu zassss ke kampung asben akak plak.. kat kampung dia, sampai jer terus pegi kubur.. takpun sesi bermaaf-maafan... pehtu terus ronda kampung dia sampai ke petang.. kalau mood ok.. stay kat umah dia... bad mood kalu.. balek kampung akak plak.. fenatssss... payah kawen kalau kampung dekat2 ni.. baek jejauh, dah tentu takleh nak ulang-alik kampung memasing.. engko dok ler dendiam kat situ..

So bila asben akak tak dapat cuti ni... aman damai sket di pagi raya.. dengan aman leh solat raya, dengan aman pegi ke kubur, siap leh buat lawatan ke ahli2 kubur yang baru.. [maklumler setahun sekali jer jenguk], leh sedekah yasin ke apa ke untuk makcik2, pakcik2, nenek2 .. pehtu ngan aman leh layan tetamu emak akak yang datang ke rumah..

Cumanya tak larat nak jawab bila dia orang tanya asben akak kat mana.. ermmm... patut tak akak record jer.. bila orang tanya, replay jer jawapan akak tu.. 'asben saya takder.. mungkin petang kang atau pagi esok dia balek.. dia tak dapat coti pepagi raya..'

Malam ni nak buat final checking...
- baju raya [emak punya, anak2 sedara.. tahun ni tema warna ijooo]
- duet raya
- kueh raya [ada lagi yang belum dapat.. aiseyy]
- mercun [aiseyy, tahun ni bajet mercun sikit laa...tarak best laa]
- kain batek ngan kain pelekat [souvenier utk pakcik ngan makcik]

Yo yo oo nak checking bagai.. akak dah apply coti 2 minggu lepas, tapi nan ado approve nyer.. kekdahnyer bos akak ni.. ko pegi coti dulu.. 2-3 bulan pehtu baru dia approve.. kalau nak nunggu dia approve, alamat tak bercuti ler ko..

Lambat pulak jam ni nak ke 5:45 p.m.. ku mauk pulangggg...

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan ya Ramadhan...

Pejam celik, pejam celik.. dah masuk bulan Ramadhan...
Rasa macam baru jer kita berpuasa, berhari raya...
Sungguh cepat masa berlalu...

Oleh itu, marilah kita bersama-sama melipat-gandakan amalan kita...
Semoga amalan kita diterima olehNya...
Di sini juga, akak ingin mengambil kesempatan meminta ampun dan maaf sekiranya ada yang menjengah ke blog ini, dan terasa dengan apa2 yang tertulis di sini.. maaf dipinta sekiranya ada...

Selamat Berpuasa...

p/s: banyaknyer laaa citer2 lapuk nak ditulis.. tapi malassss...

Wednesday, August 22, 2007

Sambutan Hari Jadi yang ditunda... [4 Ogos 2007]

Kalau kat PD dulu kira ala2 celebration untuk anniversary, kali ni akak n' family celebrate birthday akak ngan asben plak.. makan2 ngan family jer.. family akak bukannya besar manapun..


Kalau nak diikutkan, plan ni hampir2 nak kena kensel... sebabnya akak teramatlah penatnyer nak melayan latihan cheerleader yang tak abis2 selagi tak sampai harinya iaitu 7 Ogos tu... ari2 kena balek lambat.. lepas training kena plak buat kejer lain.. mana tak penat.. pehtu dalam masa yang sama gak kengkawan akak nak join futsal tournament.. sib baik last minute cancel.. mana larat nak belah badan jadi dua maa...


So, seperti yang telah dirancang, so akak buat reservation kat restoran Seri Melaka di Amcorp Mall.. actually, salah sorang anak sedara akak part-time waitress kat situ.. tapi ler ni dia dah tak kejer dah, sebab dia dapat masuk tingkatan 6..


yang amek gambar tu kena 'anxiety disorder' kot.. tu yang blur tu..



antara menu-menu yang akak order malam tu

antara anak2 sedara tersayang

Hajat di hati kalau boleh, setiap kali birthday akak ngan asben [sementelah birthday we all selang 4 hari sahaja] akak ngan asben berhajat untuk bawak the whole family makan2 especially kat tempat2 yang dia orang tak pernah pergi...



Akak tak tahupun anak2 sedara akak nak beli cake utk surprisekan akak... memula tu rasa pelik juga sebab masa untuk desert [cendol + sagu gula melaka] budak waitress tu letak piring kecil.. akak pun punyalah lurus bendol.. tak terpikir plak dia org nak belikan cake.. dah terdetik kat hati nak tanya.. apsal bagi piring kecit plak ni.. elok jer nak tanya.. tetiber staf kat situ bawak keluar cake plak.. maseh tak caya lagi.. ingatkan kot ada org celebrate birthday gak kat situ.. bila cake tu dah betul2 kat depan mata baru percaya..


Walaupun cake tu tak sebesar mana, tak sesedap mana, tak secantik mana dan tak semahal mana, namun bagi akak.. itulah cake yang PALING MAHAL bagi akak.. rasa hiba pula.. nasib baik asben akak ada kat sebelah, terus dia peluk akak... kalau tak rasanya dah berderai airmata kat situ..


Masa birthday akak yg lepas @ 27 Julai, 2 orang anak sedara akak buat surprise, datang office akak bawak kek kecit ala2 nak celebrate birthday akak... sampai2 jer kat lobby office, terus dia orang terus wish + peluk akak... hadiah paling berharga untuk akak buat tahun ini. Tak lupa juga ucapan2 dari rerakan futsal dan rerakan 'maya @ pfs'..

my whole family


Alhamdulillah, berjaya juga perancangan akak... moga2 tahun depan akak mampu lagi mengadakan majlis sebegini... amin...


'menyusul selepas ini corat-coret cheerleader'

Thursday, July 19, 2007

Antara Rat Race, Cheerleader dan Futsal


Bulan Julai adalah bulan yang amat memenatkan. Mana nak settlekan mende2 remeh untuk Rat Race.. mana nak prektis cheerleader.. mana nak mantapkan lagi skill futsal..

Bila dah join cheerleader ni baru tau betapa hazabnyer mender ni.. tu belum kira nak cari outfit yang sesuai ngan mak2 orang yang join... seksi2 tak bleh, kena cari yang ala2 muslimah.. kang performancenyer cuma 5 minit, tapi kena kutuk 7 keturunan.. nak suruh yang seksi2 dan yang cantik2 join.. dia orang jual mahal pulak.. mak2 orang yang dah 2-3 orang anak ni juga yang sudi meluangkan masa yang sepatutnya masa tu dia orang spend dengan anak2 dan asben..

Tapi yang paling tak larat bila training cheerleader ni satu hari dengan training futsal.. humangg rasa nak patah2 badan di buatnya.. lunch time training futsal.. pehtu dari pukul 6 sampai 7.30 training cheerleader.. balek rumah memang fenat gilezzz.. pagi esoknya kalau tak kuat iman, memang rasa nak amek mc jer.. tapi disebabkan benda remeh-temeh yang tak sudah2 tu.. kenalah gagahkan juga badan pergi kejer..

Pasni nak pergi KLCC nak cari pom2 dengan pong2 stik plak.. tak tauler ada ke tidak.. esok nak finalise outfit dia orang.. pastu nak cari assessories yang sesuai.. masa untuk window shopping!!

Thursday, June 28, 2007

Coti-coti Mesia di PD


Sabtu, 2 Jun 2007 (Hari Pertama)

Coti sekolah yang lepas, 2/6/07 akak ngan family telah bercoti-coti mesia di Port Dickson.... dah itu jer lah yang akak mampupun... kalau asben akak tu tokeh balak kekdahnyer bleh ler book satu kapai terebang, pegi Australia ke, New Zealand ke.. tapi itu semua dalam mimpi jerlah rasanya.. dan kalau korang nak tahu, 2/6 ni jugak adalah ulangtahun perkahwinan akak yang ke-11... humangggg, dah 11 tahun dahhh.. 'patut ler rambutpun dah tumbuh uban.. ' so ini kira celebration lite2 lah untuk yang ke 11 tahun... huhuhu..


Kalau ikut plan asal, semua family members [emak akak, family kakak akak & family abang akak] akan ikut... nak pegi ari Sabtu, tetiber ari Khamis sebelumnya, abang akak call kata wife dia kena gout plak... alaaa.. hilang mood nak berholiday jap.. tapi disebabkan semua dah confirm, kang tak semena-mena bayar free2 jer ke hotel tu.. so we all proceed jer laa.. udah ler ini merupakan percutian julung2 kalinya pergi beramai-ramai, ala2 rombongan cik kiah kekdahnyer... sebab akak dah plan, kalau kali ni berjaya.. insyaAllah, panjang umur murah rezeki, lain kali boleh buat lagi.. insyaAllah... 'amin'

Nak dijadikan cerita, aritu pulakkan coti besday Agong, jalan punyalah jam... kura2pun lagi laju uols...

'antara chalet yang ada kat sini'

Actually, dari bulan 3 lagi akak dah buat booking.. booking hotel, booking asben akak punya schedule [mcm menteri plak nak booking2 bagai], bagi tahu kakak ngan abang akak.. tu yang memasing dah tak sesabar nak perginyer.. so, memandangkan kaum kerabat yang ramai, akak amek room yang ada 3 bilik [mcm banyak jer bunyinyer], 1 bilik besar [kat tingkat atas] dan 2 bilik kecit [kat bawah] kira bolehlah.. takbleh memasak, tapi akak siap bawak cerek letrik, periuk nasi ngan sandwich toaster..


Sesampai jer kat sini, operasi memunggah barangpun bermula, perut memasing dah kelaparan yaamat.. tapi sebelum ittew, akak ni kan terkenal dengan 'sesat baratnya' yaa.. walaupun berpandukan peta yang akak print dari website hotel ini, kalau nak sesat.. dia sesat juga.. champion ler katakan.. kalau tengok petanya sah2 kena ikut Teluk Kemang.. hotel tu kat batu 5.. akak dah sampai nuuu ke batu 13.. kata anak sedara akak, bapak dia dah baran dah... tak jejumpa hotel... habis ko ingat akak tak baran.. akakpun penat gak! penat mencari, penat memandu.. dah ler penat mengemas barang malam sebelum tu pun tak hilang lagi.. nak mengangkut barang dari tingkat 3 ke bawah.. ko ingat tak penat!


Ok, sambung balek.. nasi + lauk plak dalam keter kakak akak, dianya tak sesampai lagi.. keter akak bawak pinggan mangkuk, bantal bagai.. takan ko nak suruh akak makan pinggan jer kot.. so dengan perut yang kelaparan, akak ngan anak2 sedara akak proceed buat tuna sandwich... tengah lapar, sandwich pun layan..! tak lama lepas tu kakak akak pun sampai, akakpun dah kenyang.. sesedau roti gardenia yang besar tu pun dah licin 1 buku..


Dah kemas barang2 kat dapur [stok maggi, roti, jajan] anak2 sedara akak ajak pergi swimming pool... yer la, bukannya selalu dia orang dapat peluang macam ni.. walaupun akak pernah jugaklah pergi bercuti dgn asben akak, tapi we all tak layan swimming pool ni.. dah sah2 akak tak reti berenang.. guna shower pun kengkadang leh lemas, ko nak suruh akak mandi pool... terima kaseh jerlaa..


Tapi we all tak layan pool dulu, we all terus pergi pantai.. dah sah2 lautkan.. mana ada laut yang tak masin.. dia orang bising kat akak kata laut tu masen sangat.. oh tohan! abestu korang nak suruh akak cari laut manes plak ke? Akak macam biasalah, dok lepak gigi air jer sambil layan anak sedara akak yang paling kecit tu main pasir, bleh?


Bosan plak dok layan pasir jer, baikler layan pool plak kan.. so we all pun berbondong-bondongler pergi ke pool plak.. masa tu akak dah cuak dah nak masuk.. kedalaman pool tu 4 kaki, kira sampai bahu akak lah.. lagiler akak cuakkk... last2 akak paut kat asben akak jer laa, pehtu dok tepi kolam, juntai jer kaki.. muahahaha..


Malam tu akak beli dinner kat kedai area tu jer.. sedap dan murah! pehtu on the way balek siap pegi beli besen plastik, jug plastik, pelampung ngan bola kecit [utk main kat pool] lagi.. 'alaa lagi banyakler bebarang nak kena bawak balek kl nanti'.. disebabkan kepenatan tahap gaban, sebelum pukul 9 akak dah kebabom! fenatsss uols...


Ahad, 3 Jun 2007 (Hari Kedua)


Ingatkan pagi tu nak pergi beli breakfast, tup2 kakak akak ngan asben dia pegi belikan.. yayyyy leh sambung tido balek.. sedap nasik lemaknyer, tapi macam tak cukup ler plak.. stok roti ngan tuna ada lagi.. so apa lagi, layan sandwich tuna jer laa.. pool boleh guna pukul 9, so abes jer breakfast, kemas apa2 yang patut pastu terjun kolam.. as usual, akak 'temankan' anak sedara akak yang paling kecit tu kat kolam kekanak.. muahahaha..


Anak2 sedara akak bising boring sebab asek berendam jer, takder ektibi lain.. [kita dah bawak jenjalan pun dah kira bagus, lagi mau bising] so, lepas beli lunch, on the way nak balek ke hotel, akak singgah beli bola untuk main volleyball..


Petang tu, lepas Asar, semuapun dah tak sesabar ni nak main volleyball, tapi sebenornyer dia orang ni bukannya tahupun nak main menda alah tu.. yang reti pukul bola tupun asben akak ngan abang ipar akak jer.. yang lain tu asek pukui angin jer..

ada hati nak main volley ball, tapi tak reti.. yang baju putih tu abang ipar akak @ kepten kumpulan ni

yang pakai t-shirt putih tu asben akak selaku kepten kumpulan akak.. kena stop game kejap sebab nak ajar cara nak pukul bola, bleh? kepten hangen sebab bola melayang entah kemana-mana

kepten ni teramatlah emonyer.. tatauler samada ini volleyball ke atau permainan mendepangkan tangan

disebabkan semuapun tak reti main volleyball tahap gaban, so we all tukar main bola sepak plak

kali ni abang ipar akak satu team ngan akak plak

akakpun tak sure, ini main bola sepak ke, bola merangkak

kepten yang kepenatan... entah mana tahun bersenam, tetiber main bola... badan pun terkezut uols!

last2 layan pool jugakler... ektibi lain tak menjadinyer..

baekler kuak lentang ke.. kuak kupu2 ke...


Isnin, 4 Jun 2007 (Hari Ketiga)


Pagi ni pun akak tak keluar.. bangun jer makanan dah ada.. tapi badan akak dah tak berapa sedap... lepas breakfast akak tido balek.. kepala sudah pusing daaa.. berendam lama sangat semalam, pehtu aircondnyer punyalah sejuk, nak amek remote maleh.. padan muka akak.. sedar2 dah pukul 11 pagi.. bangunpun sebab nak pergi beli lunch [as usual].. petang pulak gerimis.. so lepak jerlaa..


Selasa, 5 Jun 2007 (Hari Keempat)


Dari malam semalam lagi asben akak dah bising ke anak2 sedara akak, suh dia orang siap bebarang yang nak di bawak balek.. asben akak kalau bab2 ni memangler juara.. dia punya membebel memang kalah perempuan.. akakpun kalah dibuatnyer.. so bila dihimpunkan bebarang yang nak dibawak balek, hualohhhhhhh.. sama banyak dengan bebarang masa datang.. sendatler keterku yang kecit ittew... tapi sebelum nak check-out tu sempat lagi layan pool buat kali terakhir.. dah nak dekat pukul 11 baru we all sesiap nak balek..

masa ni matahari bebetul atas kepala @ 12 tgh, panehnyer nauzubillah...

antara posing2 last menet @ amazing race


bawah pokok kelapapun layan gak

yayyy... hujung tahun boleh datang lagi

memasing bergaya dengan t-shirt baru

sebelum balek KL, isi perut dulu.. murahnyer laa makanan kat sini.. udangnyer fresh!!

licinnn... i tell yewww..

bukan main senyum lagi bila dah kekenyangan


Kenangan Terindah di Port Dickson


Akak berdoa moga2 Allah murahkan lagi rezeki akak, so bolehlah akak kongsikan rezeki akak itu bersama family akak.. 'aminnnn'