Wednesday, December 05, 2007



Sebulan telah berlalu.... rasanya seakan seperti baru semalam ianya berlaku...
Al-Fatihah untuk ibu mertuaku... semoga rohnya aman di sana...


Banyak cerita-cerita lapuk yang hendak diingati, tapi....


Dan tiba-tiba 'peluang' datang... peluang yang memerlukan 'pengorbanan'...


Dilema.. dilema.. dilema... semoga ditunjukan 'jalan' kepadaku..

Monday, November 12, 2007



Al-Fatihah utk Ibu Mertuaku @ Allahyarhamah Zan bt Harip


Pada malam Isnin @ 5 November 2007, bersamaan 25 Syawal... lebih kurang pukul 11:05 malam, perginya ibunda mertuaku tercinta.. seorang ibu yang tegas, disiplin tetapi pada masa yang sama seorang ibu yang amat penyayang...

Pemergiannya secara tiba-tiba... petangnya [lebih kurang selepas asar] beliau mengadu sakit dada, maghribnya beliau dimasukkan ke emergency room selepas muntah2 dan pitam, isya'nya beliau semakin kritikal.. dan pada pukul 11:05 malam, beliau meninggalkan kami semua dengan aman...

Alhamdulillah, segalanya telah selamat.. dan sebagai menantu, telahku sempurnakan kewajipan ku sebagai penghormatanku yang terakhir buatnya... berkesempatan juga aku bersama-sama menantu yang lain 'memandikan dan mengkafankannya'.. bersama doa dan linangan airmata..

Biarpun semasa hidupnya hubungan kami agak biasa sahaja... tetapi anehnya, sebelum aku bergelar menantunya... kami sering berhubung.. selang seminggu aku akan menghubunginya... bertanyakan khabar... sehingga pernah satu ketika, semasa hati ini masih berteka-teki untuk menerima kehadiran anaknya [suamiku sekarang], semasa kami berhubung melalui telefon, beliau pernah menyanyikan lagu 'jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama, dia diambil orang'.. kami bagaikan 'rakan'... banyak yang kami kongsikan bersama..

Tetapi apabila wujudnya title menantu, kami semakin jauh... dan tak banyak yang kami kongsikan, mungkin juga ingin menjaga hatinya... takut ada perlakuan dan tingkahlaku yang boleh mengguris hatinya... aku lebih berhati-hati..

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan yang dikasihiNya di sana..

'Hanya kenangan-kenangan indah yang tersemat di ingatan..'

Monday, October 08, 2007

Yayyyy.... nak balek rayaaa...


Arini ari Isnin... esok Selasa.. lusa Rabu.. yayyyy ari Rabu mau pulang ke kampung terchenta... malasnyer nak buat kejer.. kepala dah ada kat kampung dah waktu2 cenggini.. kosser aaa nak penatkan kepala ngan kejer2 yg tak abis-abis ni.. baek fikir raya nanti nak masak apa.. sampai kampung nanti nak buat apa..

Tapi tak bestnyer tahun ni akak beraya ngan famili, tapi asben akak mungkin petang raya pertama or pagi raya kedua baru balek kampung.. sedih tu memang ler sedih.. tapiiiii bila difikir2kan.. bagus jugak.. kalau tidak pepagi tu dah rushing nak pegi solat raya, pehtu kena plak bergegas ke kubur, pehtu bergegas mintak ampun ngan mahap mana yang patut, pehtu zassss ke kampung asben akak plak.. kat kampung dia, sampai jer terus pegi kubur.. takpun sesi bermaaf-maafan... pehtu terus ronda kampung dia sampai ke petang.. kalau mood ok.. stay kat umah dia... bad mood kalu.. balek kampung akak plak.. fenatssss... payah kawen kalau kampung dekat2 ni.. baek jejauh, dah tentu takleh nak ulang-alik kampung memasing.. engko dok ler dendiam kat situ..

So bila asben akak tak dapat cuti ni... aman damai sket di pagi raya.. dengan aman leh solat raya, dengan aman pegi ke kubur, siap leh buat lawatan ke ahli2 kubur yang baru.. [maklumler setahun sekali jer jenguk], leh sedekah yasin ke apa ke untuk makcik2, pakcik2, nenek2 .. pehtu ngan aman leh layan tetamu emak akak yang datang ke rumah..

Cumanya tak larat nak jawab bila dia orang tanya asben akak kat mana.. ermmm... patut tak akak record jer.. bila orang tanya, replay jer jawapan akak tu.. 'asben saya takder.. mungkin petang kang atau pagi esok dia balek.. dia tak dapat coti pepagi raya..'

Malam ni nak buat final checking...
- baju raya [emak punya, anak2 sedara.. tahun ni tema warna ijooo]
- duet raya
- kueh raya [ada lagi yang belum dapat.. aiseyy]
- mercun [aiseyy, tahun ni bajet mercun sikit laa...tarak best laa]
- kain batek ngan kain pelekat [souvenier utk pakcik ngan makcik]

Yo yo oo nak checking bagai.. akak dah apply coti 2 minggu lepas, tapi nan ado approve nyer.. kekdahnyer bos akak ni.. ko pegi coti dulu.. 2-3 bulan pehtu baru dia approve.. kalau nak nunggu dia approve, alamat tak bercuti ler ko..

Lambat pulak jam ni nak ke 5:45 p.m.. ku mauk pulangggg...

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan ya Ramadhan...

Pejam celik, pejam celik.. dah masuk bulan Ramadhan...
Rasa macam baru jer kita berpuasa, berhari raya...
Sungguh cepat masa berlalu...

Oleh itu, marilah kita bersama-sama melipat-gandakan amalan kita...
Semoga amalan kita diterima olehNya...
Di sini juga, akak ingin mengambil kesempatan meminta ampun dan maaf sekiranya ada yang menjengah ke blog ini, dan terasa dengan apa2 yang tertulis di sini.. maaf dipinta sekiranya ada...

Selamat Berpuasa...

p/s: banyaknyer laaa citer2 lapuk nak ditulis.. tapi malassss...

Wednesday, August 22, 2007

Sambutan Hari Jadi yang ditunda... [4 Ogos 2007]

Kalau kat PD dulu kira ala2 celebration untuk anniversary, kali ni akak n' family celebrate birthday akak ngan asben plak.. makan2 ngan family jer.. family akak bukannya besar manapun..


Kalau nak diikutkan, plan ni hampir2 nak kena kensel... sebabnya akak teramatlah penatnyer nak melayan latihan cheerleader yang tak abis2 selagi tak sampai harinya iaitu 7 Ogos tu... ari2 kena balek lambat.. lepas training kena plak buat kejer lain.. mana tak penat.. pehtu dalam masa yang sama gak kengkawan akak nak join futsal tournament.. sib baik last minute cancel.. mana larat nak belah badan jadi dua maa...


So, seperti yang telah dirancang, so akak buat reservation kat restoran Seri Melaka di Amcorp Mall.. actually, salah sorang anak sedara akak part-time waitress kat situ.. tapi ler ni dia dah tak kejer dah, sebab dia dapat masuk tingkatan 6..


yang amek gambar tu kena 'anxiety disorder' kot.. tu yang blur tu..



antara menu-menu yang akak order malam tu

antara anak2 sedara tersayang

Hajat di hati kalau boleh, setiap kali birthday akak ngan asben [sementelah birthday we all selang 4 hari sahaja] akak ngan asben berhajat untuk bawak the whole family makan2 especially kat tempat2 yang dia orang tak pernah pergi...



Akak tak tahupun anak2 sedara akak nak beli cake utk surprisekan akak... memula tu rasa pelik juga sebab masa untuk desert [cendol + sagu gula melaka] budak waitress tu letak piring kecil.. akak pun punyalah lurus bendol.. tak terpikir plak dia org nak belikan cake.. dah terdetik kat hati nak tanya.. apsal bagi piring kecit plak ni.. elok jer nak tanya.. tetiber staf kat situ bawak keluar cake plak.. maseh tak caya lagi.. ingatkan kot ada org celebrate birthday gak kat situ.. bila cake tu dah betul2 kat depan mata baru percaya..


Walaupun cake tu tak sebesar mana, tak sesedap mana, tak secantik mana dan tak semahal mana, namun bagi akak.. itulah cake yang PALING MAHAL bagi akak.. rasa hiba pula.. nasib baik asben akak ada kat sebelah, terus dia peluk akak... kalau tak rasanya dah berderai airmata kat situ..


Masa birthday akak yg lepas @ 27 Julai, 2 orang anak sedara akak buat surprise, datang office akak bawak kek kecit ala2 nak celebrate birthday akak... sampai2 jer kat lobby office, terus dia orang terus wish + peluk akak... hadiah paling berharga untuk akak buat tahun ini. Tak lupa juga ucapan2 dari rerakan futsal dan rerakan 'maya @ pfs'..

my whole family


Alhamdulillah, berjaya juga perancangan akak... moga2 tahun depan akak mampu lagi mengadakan majlis sebegini... amin...


'menyusul selepas ini corat-coret cheerleader'