Transfer lagiiii...
Hari ni dapat surat dari HR... surat transfer [baper banyak kali transfer daaa]... pusing2 tang tu jugak.. nak dijadikan cerita, masa join kampeni ni, mmg akak kejer sebagai secretary, then tahun lepas masa bos akak berhenti dia sempat tukarkan akak ke bahagian admin [tapi kejernyer lebih kurang jer...]
Selepas lebih kurang setahun terumbang-ambing macam kapal nak karam, akak di offer utk jadi secretary kepada boss no.2 kat kampeni tempat akak kejer ni.. orangnyer teramatlah ditakuti oleh umat2 kat kampeni ni.. kalau sebut jer nama dia, satu kampeni leh tau macam mana perangai dia... sebelum ni pun akak ada jugak dengar cerita2 pasai mamat ni.. tu yang bila akak disuruh jadi 'temporary secretary' mamat ni.. dari tingkat 8 nak ke tingkat 14 tu akak rasa, kaki akak dah sejuk macam batu...
Tapi alhamdulillah, Allah tu maha mengetahui, maha penyayang.. hari pertama @ ala2 testing day.. dia siap bagi comments ... 'not bad, you did well'.... errr... lupa nak citer, mamat ni nama jer Melayu, tapi tak baper nak reti cakap bahasa Melayu mahupun cara idup orang Melayu... ermmm.. nak buat macam mana, akak nak cari makan, ikutkan jer laaa...
So sehinggalah hari ini, so far belum ada apa2 yang menyakitkan hati dia yang boleh menyebabkan dia merosakkan harta2 pejabat... yaaa... dia pernah menumbuk monitor pc sebab amorah yaamat kat sorang mamat kat sini, ler ni dia siap simpan monitor tu kat bilik dia buat kenangan.. cantek plak, sbb dia tumbuk monitor tu betoi2 tang tengah2.. so dah jadi macam bentuk abstrak plak akak tengok.. muahahaha, bleh?
So, secara rasminyalah rutin akak juga akan berubah.. masuk kejer sebelum pukul 8, walaupun office hour akak start pukul 9 pagi ok.. [dia pukul 7:30 am dah masuk kejer uols!] dan pulang rumah tak tentu masa.. mostly selepas pukul 6 ptg atau apabila matahari dah tak nampak dah.. [keluar rumah tak nampak matahari, balek pun tak nampak matahari...]
Kalau berkesempatan, akak nak ceritakan pengalaman akak hari2 bersama dia.. samada dia good mood or bad mood.. nak citer pasai asben, jumpapun masa nak tido jer.. nak citer apanya.. tido jer laa...
Oklah... arini 'line' nampak macam clear.. boleh balek awal kot.. see you....