Friday, September 17, 2010

Presenting 'Putri Irdeena Aliyya bt Md Shalim'


Aliyy Akhbar Husseini bin Md Shalim dilahirkan pada 19 Januari 2009.
Putri Irdeena Aliyya pulak dilahirkan pada 26 Mac 2010.... haa... express x??? bertahun-tahun takder anak... sekali dia bagi, tetiap tahun.. errr buat masa ni cukup ler 2 orang ni dulu.. x larat tetiap tahun kena operate... kekdahnya kalau sepuluh org anak... sepuluh kali gak kena operate.. kalau murah tak per gak... ni leh buat down payment keter ngan umah..

Lagi 9 hari genap umur Aliyya 6 bulan... ibunya tak ada masa nak update the blog... siannn Aliyya... muka Aliyya pun sedih jer.. ni gambar masa last raya baru2 ni... buat sikit kenduri doa selamat utk Aliyya...


Aliyya dilahirkan cukup2 9 bulan, border line utk bersalin, so dia lahir dengan size yang agak kecil @ 2.5kg compared to the brother 2.9kg. Aliyya lahir pada pukul 11:43 pagi, hari Jumaat. Petangnya doktor masukkan dia ke ICU sebab heartbeat dia terlebih laju. So selama 3 hari Aliyya dalam ICU... keluar ICU, Aliyya kena kuning pulak.. hari ke-8 baru doktor benarkan Aliyya balek. Seminggu lepas tu, Aliyya dimasukkan semula ke wad selama 4 hari sebab kuning dia tak kurang2. Balek rumah seminggu then lepas tu masuk balek wad lagi selama 6 hari... kekdahnya minah ni asek kuar masuk spital jer laaa.. dah ler badan ceconet jer.. pehtu ari2 kena amek darah kat tumit dia.. sampai dah takder tempat nak amek darah dah kat tumit dia tu..

Hajat di hati nak breastfeed dia, tapinya minah ni nampak jer kecit tapi kuat menyusu... so kena tambah ngan susu tepung... tu yang terus 'kembang' tu... disebabkan per'kembang'an yang terlalu drastik, the whole family panggil dia KEMBANG.... sian anak ibu.. nama dah sedap.. tapi orang panggil dia KEMBANG.. kalau panggil dia Aliyya, dia nak tak nak jer toleh kat uols.. tapi kalau panggil KEMBANG... humanggg laju jer dia respond... siap senyum simpul lagi.. la ni dah pandai gaduh ngan abang dia.. siap tendang2 lagi... masa dia kecit, abang dia selalu buli dia.. la ni dia pulak buli abang dia... sah2 laa kaki si kembang ni lagi besar dari kaki abangnya uols..


Lepas ni kisah merempit Aliyy dan Aliyya..

Friday, May 22, 2009

Habit Baru Aliyy




Ni habit terbaru Aliyy... entah apa yang digeramkannya tak taulaa.. dengan mata bulatnya, macam marah sangatlah kekdahnya... marah dia.. marah Ibu dia tak tau... muahahaha..



Thursday, May 21, 2009

Akhirnya...



Ahad, 17 Mei 2009... akhirnya Aliyy berjaya meniarap sendiri... masa bila dia berpusingpun Ibu tak tau.. tengok2 dah meniarap jer.. actually Abah baringkan dia melintang... bila masa dia menegakpun tak tau... we all perasan dia meniarap pun sebab tau2 dia dah meraung.. Ibu kat tandas.. Abah masuk bilik kejap cari apa tah.. we all baru balek dari beli barang.. masing2 kepanasan.. tu yang Aliyy 'seksi' sket tu..

Tapinya kalau aksi begini, dalam pantang lagi dia dah buat.. masa ni Aliyy baru 25 hari...



p/s: sekarang ni asek kena tendang ngan Aliyy jer... lasak betul kalau tido


Tanam Pokok di Rimba Bursa @ Metropolitan Park, Kepong, 16 Mei 2009


Pepagi Sabtu tu, dalam pukul 8 pagi.. Ibu, Abah dan Aliyy dah keluar untuk join acara menanam pokok anjuran syarikat tempat kerja Ibu... lebih dari 300 batang pokok telah dibeli untuk ditanam.. tapi ada juga pemilik pokok yang tak hadir.. so staff dari DBKL ler yang tolong tanamkan.. acara ini juga dengan kerjsama DBKL dalam usaha untuk menanam 1 juta pokok..

Actually, Ibu pergi untuk wakil dari Kelab Futsal Wanita. We all beli 2 batang pokok... pokok jelutong dan pokok merawan siput jantan... tak pernah dengar plak nama pokok merawan tu.. setakat jelutong tu biasalah..

Dah lama tak pegang cangkul... tanah tu pulak punyalah keras... fuyooo berpoloh den dibuatnya.. dahler panas tak hengat.. sib bek Aliyy so nice that day... semua pun puji... 'baiknya anak you... panas2 macam ni tak nanges pun...' tu dia tengah baik... tak tengok masa dia tengah mengamuk... londeh kain dibuatnya..


ini la pokok Jelutong... kat ataih tu pokok merawan


Nanti bebila senang, boleh ler we all melawat 'pokok angkat' we all ni...


Wednesday, May 20, 2009

Jenjalan di Metropolitan Park, Kepong, 26 April 2009




First time bawa Aliyy jenjalan kat taman dengan stroller baru dia.. tapinya tak sampai setengah jam sampai, ari mula rintik... masuk jer keter... terus hujan daaa... tapinya sempat gak Abah makan eskim..

Aliyy memang tak suka guna stroller tu.. dia lebih suka didukung... masalahnya badan nampak jer kecik... tapi humangg 'hantap' gak.. berat betul tulangnya...