'masa ni plak bila Aznil announce Mila jadi juara... gamat satu stedium'
'akak tengok dari jauh jer laa.. kosser nak meredah lautan manusia'
'akak doakan kejayaan uols di kejauhan.. aminnn'
Fakta-fakta AF dalam hidup akak:
Akademi Fantasia Musim Pertama:
- Sanggup beratur sebelum tengahari sehingga hampir2 pukul 6 ptg untuk mendapatkan tiket konsert. Tapi hampeh.com bila minggu yang akak pegi tu, Sahri terkeluar dari akademi.. dah hampeh.com juga, bila akak terjoin bebudak lelaki UPM yang nanges tak hengat bila nama Sahri diumumkan... mencikkkk
- Untuk konsert final AF1, akak keluar rumah sesudah subuh semata2 utk mendapatkan tiket konsert.. tapi seperti biasa.. hampeh.com juga, dah yo yo oo beratur, tetiber mat2 rempit yang tak tau datang dari mana, sesuka ati sesedap rasa jer potong line... last2 kekecohan berlaku, then asben akak pun ajak akak balek jer.. dok menunggu 4 jam.. sesia jer beratur kat situ.. masa tu umpat keji berbakul2 kat asterok!
- Paling seronok bila dapat kawan2 cyber @ kawan2 sejentik.. paling jauh nuuu di utara [kedah] dan sarawak
Akademi Fantasia Musim Kedua:
- Dapat tiket ke konsert mingguan sambil celebrate birthday akak + asben [gap birthday we all 4 hari jer], tapi minggu yang akak pegi tu, Linda plak keluar..
- Merayu tak hengat kat kengkawan utk dapatkan tiket final AF2.. sanggup call member yang kejer kat Astro semata2 nak dptkan tiket.. sebelum tu nak penah call dia pun.. [nampak sgt ada udang dlm maggie mee]
- Akak juga telah membeli sehelai baju berwarna oren, semata2 demi Zahid.. so akak juga di kalangan oren2 pada mlm final AF2..
Akademi Fantasia Musim Ketiga:
- Setiap kali pegi konsert mingguan, akak akan buat banner untuk Mawi.. so kalau akak pergi 5 kali, maka 5 kali jugalah akak akan buat banner.. tetapi takder satu banner pun yang memuaskan hati.. sbb akak tak kretip bab banner2 ni..
- Akakpun tak sangka, akak sanggup pergi tengok rehearsal kat Putrajaya nuuu... jauh giler tu.. tu belum kira sesat-barat lagi tu.. nasib baik jumpa jugak..
- Sanggup tunggu sampai pukul 1 pagi, semata-mata nak tengok imbasan final dan of koz sebab nak tengok Mawi, bleh?
- Sanggup subscribe lagi 1 account Astro di kampung, semata-mata nak tengok Rumah Terbuka AF semasa hari raya.. tetapi seperti biasa, hampeh.com, sebab Astro nyer hanya OK selepas hari raya ke-3, ler ni piring astro tu ada kat kampung.. tapi rumahnyer takder orang.. bleh??
Akademi Fantasia Musim Keempat dan Kelima:
Tiada yang menarik untuk di kongsi..
Cumanya, akakpun tumpang gembira bila Mila dinobatkan menjadi juara AF5.. teringin juga kalau2 Heliza boleh memecah tradisi perempuan bertudung pertama menjadi juara.. tapi minah ni kontrol tak hengat ketika dairi.. pastu masa konsert dia tak all out! penat gak nak tunggu dia keluar dari 'tempurung kaca' dia tu..
Tapi akak memang enjoy masa konsert final AF5, walaupun akak dikelilingi oleh Ebi FC.. ditengah-tengah lautan kuning... ada 5 org yang terjerit2 nama MILA.. bleh?? riak wajah mereka seperti... 'apa kes 5 orang ni sesat kat sini? salah tempat apa?..' dan mereka2 juga seolah2 tersentak bila nama Ebi dinobatkan sebagai naib juara.. dan of koz yang 5 orang tadi, menjerit tak hengat ketika itu.. saketnyer tekak tohan yang tahu... [tuler, jerit lagi, saper suruh] dan kami juga di kalangan penonton yang berdiri dan bersama menyanyi ketika lagu 'Kenangan Terindah' berkumandang... sedih siot!! and all the best to AZNIL.. definitely he is the BEST..!!!
FUTSAL
Akak nak citer pasai futsal plak la... pagi tu sebelum ke konsert, ofis akak ada buat futsal tournament kat Kuchai Lama... hari jumaat tu dah berkira2 dah.. larat ke nak ke konsert nanti sebabnyer futsal ni memangler memenatkan.. tapi seronok!!
Kesemuanya ada 4 kumpulan futsal wanita.. tapi 1 group [Sure Kaypoh] sensiang dah tarik diri sebab tak cukup players... so yang tinggal Sure Gempakz [juara], Sure Malatop [naib juara - group akak ni] dan Sure Gamat [no. 3]. Tournament hari Sabtu, prektis betoi2 hari Rabu ngan Khamis, blehh?? memang tetiap minggu pun ada training, tapi yang seriusnyer 2 hari tu jer laa..
Akak selaku Kepten [muahahaha.. kepten tau] telah menggunakan kuasa veto yang akak ada untuk memaksa semua player akak pakai t-shirt oren pada hari itu.. [nasib baik dia org ni sporting..], bukan takat t-shirt jer deknon.. dengan stoking, dengan skarf pun oren uols.. sib bek dapat naib juara.. kalau kalah.. menang gaya jer la kekdahnyer..
'gaya, mutu, keunggulan... masing2 telah MEMBELANDAKAN diri pada hari itu'
'kalah.. menang tolak ketepi, yang penting fighting spirit kena ada'
'kesemua peserta pada hari itu'
First game.. lawan dengan Sure Gempakz, group akak kalah 0-1, second game.. lawan dengan Sure Gamat, menang 1-0 dengan masa tambahan... pastu final we all kalah 0-1 dengan Sure Gempakz... walaupun kalah, tapi we all puas, sebab semua player telah menunjukkan permainan yang bagus.. WELL DONE !!
Payah jugak jadi kepten ni ekkk... maklumler akak tak penah jadi kepten uols sebelum ni.. tapi in future akak memang takleh jadi kepten ler.. cepat emotional!! sangatlah tidak sihatnyer..
Oklah, cukup ler akak melalut hari ni... akak nak baleh dah... daaaa
2 comments:
bila nak afkaro? byk lagu ebi nak nyanyi ni muahahaha
apa kata kita buat afkaro 6/6?? ada berani??
Post a Comment