Tuesday, April 17, 2007

Meeting


Tadi [17/4/07] dalam pukul 2:30 p.m.. dapat call dari Business Centre @ Bilik2 Meeting.. errr.. antara tempat yang paling akak tak suka la kekdahnyer.. buhsanler kalau kena attend meeting.. nak menjawap tu.. mencik tul! Bla.. bla.. bla.. at the end akak kena attend meeting yang akak tak tau hujung pangkal meeting tu.. bleh gittew?

Ha kauuuu... sekali pegi meeeting pasai RISK MANAGEMENT... terkedu jap.. dekat division akak ni ada 4 small department.. ada sorang mamat tu suh akak sign attendance... memula akak nampak yang sign tu.. HEAD, then the rest semuapun SENIOR MANAGER.. akak sorang jer yang positionnyer lain bebenor title nyer.. jauh beno nyimpang.. ya, masa ini perut akak dah nak memulas dah... nak terkucil, nak ke tandas.. semuapun ada.. tapi akak layan jer la meeting tu... suka tak suka kena gak layan... mencik tau!!!

kong-kang... kong-kang.. semuapun macam in control laa.. takder la yang major in risk nyer.. tetiber... sampai jer ke department akak.. ha kauuuu.... memasing pun kerut dahi... pegang dagu kekdahnyer.. melambak2 risk yang ada.. so maknanya akak ni kejer di department yang risk nyer ala2 tahap GABAN gittew.. mana taknyer.. akak ni la kuli, akak ni la kerani, akak ni la seksiteri, akak ni ler manager mahupun ala2 head kekdahnyer.. bleh?

err... itu jer la akak nak citer...

p/s: blog ni pun dah lebih dari sebulan tak update... ada citer tapi tak tau bila nak start.. the latest, sesi karaoke di Sogo... menyanyi tak hengat ni.. kuar2 dari Sogo, ha kauuu... lebat yaamat hujan.. ala2 ribut kekdahnyer..

Tuesday, March 13, 2007

Apa pendapat uols?

Ni antara e-mail yang akak terima dan ingin kongsikan bersama, siap dengan komen akak... muahaha berkongsi katanya... 'disebabkan idea belum mari, kita layan e-mail jer laa ek'

25 perkara dibenci suami

  1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar.
    Contoh: hubby i tu kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla...
    Komen akak: errr.. kengkadang terlajak jugak komen yang cenggini tanpa disedari... mintak ampun suamiku....!

  2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
    Contoh: hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer.. ok tak?
    Komen akak: yang ni tak baper nak relevant, akak call asben akak bila nak tanya balek kul baper jer.. so selalunyer sekali sehari jer la.. kecuali kalau ada benda2 yang penting..

  3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
    Contoh: kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu…
    Komen akak: yang ni memang tak relevant ngan suami akak… dia yang suka menyimpan, pehtu tanya plak kat kita tang mana dia simpan.. camner nak jawap tu..

  4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
    Contoh: bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..
    Komen akak: err, bab ni memang asben akak cerewet... pantang dia kalau orang baca suratkabar pehtu tak reti nak susun elok2.. elok2 tu maknanya ikut susunan yang betol... akak plak main blasah jer asalkan lipat elok2...

  5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok
    Contoh: eh, kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ...
    Komen akak: yang ni akak tak menat.. bab2 nak memotong2 ni tak berapa berkenan.. buang lagi bagus.. menyemak jer..

  6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
    Contoh: bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleazeee..
    Komen akak: asben akak kalau beli barang takleh lebih dari 3.. kalau lebih dari 3 kena tulis atas kertas, pehtu kalau tak cakap betoi2 dia main belasah jer.. contoh kalau suh beli cili merah, kalau tak cakap berapa biji.. haruslah dia pi beli ngalahkan nak buat kenduri jer kekdahnyer..

  7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami.
    Contoh: saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu..!
    Komen akak: ni pun lebih kurang ngan kes asben akak laa.. cakap bio teghangggg…

  8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu.
    Contoh: i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??
    Komen akak: disebabkan akak mempunyai kuasa veto dalam bab2 cenggini, apa2 plan selalunya akak yang tentukan.. dah sah2 akak yang drive keter tu kan..

  9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
    Contoh: screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros...
    Komen akak: tak baper nak relevant, pc kat umah akak dah kena virus, koser nak repair..

  10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .
    Contoh: pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot …
    Komen akak: err, ni pun tak baper nak relevant sebab akak tak suka bersembang2 kat tepon, akak lebih suka layan tv…

  11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja dating kerumah tanpa izin suami.
    Contoh: malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan..
    Komen akak: ni pun tak baper relevant ngan akak.. so takder hal..

  12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
    Contoh: oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..
    Komen akak: bersiap gak ler, tapi takler ngalahkan nak pi dinner jer kekdahnya.. camner nak lawa2 dah nak sapu sawang la.. lap itulah, lap inilah.. nak basuh baju laa..

  13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
    Contoh: sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul ..
    Komen akak: errr.. tang ni relevant sket, bukan apa... akak kalau bersiap memang lembab.. tatau kenapa..

  14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
    Contoh: eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..
    Komen akak: yang ni, err.. biasanya bila dah lambat, asben akak yang gosokkan baju... akak gosok baju asben akak bila balek umah mak mertua jer.. terima kasih suamiku.. I LUV U!

  15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
    Contoh: eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..
    Komen akak: tak relevant sebab akak belum ada anak..

  16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
    Contoh: nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..
    Komen akak: uik, akak ni memang ler ni malas gak ler... tapi takder ler sampai ke asar... melampau tu.. melekit laaa... ni dah tahap pengotor ler plak..

  17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
    Contoh: awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..
    Komen akak: tang ni no komen... bab2 ibadat ni ’biarlah rahsia’

  18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
    Contoh: pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..
    Komen akak: tang ni pun akak mempunyai kuasa mutlak ke atas remote control kat umah akak.. biasanya asben akak layan citer2 dia bila akak dah tido jer.. yer deknon, asben akak suka layan national geography dgn dokumentari yang mega2 tu.. camner nak buat bangunan ke.. keterapi ke.. memang tak serasi ngan taste akak.. dulu akak subscribe sport channel... dah tetengah malampun tak reti2 nak tido.. haaa apa lagi... akak terus tukar ke variety channel.. haa baru reti nak tido awal, tapinyer akak pulak yang tak reti2 nak tido.. soap operapun akak layan.. muahahaha..

  19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
    Contoh: u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla.
    Komen akak: tang ni, akak kosser nak share ngan asben akak.. kengkadang buat lagi penin kepala jer kalau citer kat dia.. baikler simpan dalam ati jerr.. nak bunuh oghang ker.. nak langgar oghang ke.. simpan jer dalam ati...

  20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
    Contoh: i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you
    Komen akak: ok, bab ni akak mengaku, akak memang suka membebel dan ulang tayang.... tapi tuler, kita bebel2 pun respon dia samaaa jer.. takder bezanyer.. ala2 akak eksais molot jer.. sib bek tak kuar buih..

  21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
    Contoh: eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih...
    Komen akak: errr... entah mana musim ada la kot.. tetengah malam dapat sms, isteri mana yang tak curiga uols `curiga katanya’

  22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
    Contoh: eee u tau tak hubby i tu...
    Komen akak: errrr.. ya ampun suamiku yang tersayang…!

  23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
    Contoh: apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..
    Komen akak: tak baper relevant, sebab akak rasa akak dah hafal masakan kegemaran asben akak beserta dengan pantang-larangnyer..

  24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
    Contoh: adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..
    Komen akak: takat adek-beradik ok ler kot.. kang dicop kudukut lak kang..

  25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
    Contoh: you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu, then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast, nak masukkan pakaian dalam laundry, then nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."
    Komen akak: muahahaha.. jom kita gelak guling2 berjemaah...

Tuesday, February 27, 2007

Akak kena tagged oleh itu Makincik

Pagi tadi akak dapat e-mail dari seseorang, tajuk e-mail tu Elle has Tagged you! :)

Dapat jer e-mail tu, akak dok terfikir, apa ke mender tagged ni.. dokla menebeng kat blog oghang, nak nengok contoh2 tagged ni.. pehtu dok fenin nak carik idea nak tulis apa... so, disebabkan tak banyak benda yang akak nak sharekan.. 5 benda paling akak suka ngan 5 benda yang paling akak benci, kira cukuplah ekk.. bebanyakpun buat penat tangan menaip jer.. muahaha, bleh gitu... [jgn marah eh makincik, nanti muka cepat berkedut]

Akak nak mulakan dengan 5 benda yang paling akak suka:

1. Apa-apa benda yang "SURPRISEEEEEEEEE"...
Akak sampai ler ni dok mengharap asben akak buat something yang boleh menyeperaiskan akak.. tapi nan ado kekdahnyer..

Pernah sekali [sib bek sekali jer] akak kecit ati ngan department akak [ex-department sbb dah pindah dept lain] sebab ada 2-3 hari tu staff2 department akak macam memencilkan akak [wah, 'memencil' katanya], pehtu doklaa sok-sek, sok-sek... sentap tak bila kita datang jer tetiba dia org diam.. rupa2nya dia org nak arrange kan surprise birthday party kat akak.. selalunya bab2 party ni akak yang jadi leader nyer.. takan leader nak buat party sendrik kan.. nampak sangat gila kuasa tahap gaban kan... so kira sentap akak tu berbaloi la jugak kan.. 'berapa banyak kan daaa...' kat department sekarang, takder saper dah nak buat mende2 ni....

2. Dapat souvenir @ cenderahati [dlm bahse melayunyer]
Bab-bab sebenir ni akak tak kira harga... yang paling akak suka tak hengat kalau ada orang sudi bagi kat akak pen/pensil dari hotel2 tempat dia orang menginap masa otstesen.. sukanya takleh imagin.. tahap gaban pun kalah uols... so sekarang ni akak ada koleksi pensil la mostlynyer.. pen tak baper nak banyak.. nak pegi takat dalam mimpi bolehlahkan.. so dapat simpan pensil pun kira oklah tu... 'oh tohan.. fenat dah menaip, baru 2 jer'

3. Suka gubah bunga
Yer.. akak ni kira minah bunga jugakler.. kat opis akak ni, depan belakang ada bunga. Tapi BUNGA PLASTIK SAHAJA. Kenapa bunga plastik? Sebab bunga plastik ni tak payah nak siram air, tak payah nak bagi baja. Sekali susun, leh simpan 2-3 tahun.. sesekali jer kalau rajin sapu sikit habuk2 kalau ada. Kalau idea tengah ada, tetengah malampun akak sanggup bersengkang mata gubah bunga. Tapi kalau korang bagi akak bunga idup, dalam masa 2 minggu, sure bunga tu mati. Akak malaslah nak jaga yang idup2 ni.. payah.. Pernah sekali dalam bulan puasa, sementelah akak takleh nak puasa, tetengah azan Maghrib tu akak dok borong bunga tak hengat. Tinggi bunga ngan akak dah lebih kurang jer.. sampai rumah, asben akak geleng kepala ..

4. Suka tak hengat kalau dapat beli kasut saiz 3
Boleh gitu....? Akak ni tak ler mampu nak tempah kasut kat Dato' Jimmy Choo tu haa.. kasut2 branded pun kalau terlebih bonus jer.. lagipun rasa rugi ler beli kasut mahai2 pehtu dahh takleh pakai. So bila akak nampak jer kasut saiz 3, walaupun patternnyer ngalahkan makcik joyah nak pi pasar jer kekdahnyer.. akak terus beli uols 'tapi bersesuaian ngan bajet akak gak laa'. Saiz yang paling sedap dipakai oleh akak ialah saiz 3 ya uols. Saiz yang paling payah nak dicari @ saiz kekanak @ saiz ala2 Cinderella. Masa akak nak beli kasut utk main futsal aritu, sampai jer kat kedai kasut tu akak terus mintak saiz kekanak tapi paling besar punya 'ada ati tu mintak paling besar'. Bila pakai, hualohhh..., terbesar jugak... mintak second besar baru okkeh...

5. Sampai kat rumah, lampu dah terpasang
Mender lak tu... yer uols, fenat macam manapun akak, tapi bila sampai rumah tengok lampu kat rumah dah on.. otometik akak akan hilang fenat, sukaaa sesangat. Maknanya asben akak dah sampai rumahlah kiranya. Ataupun kalau musim cuti sekolah, mak ngan anak2 sedara akak ada kat rumah. Tapi jaranggg sesangatlah uols.. dah sah2 akak balek sama ngan asben akak. Saper lak nak nolong on kan lampu? Tu yang bila sampai rumah, nampak gelap jer.. badan fenats lagi bertambah2 fenat rasanya... :(

5 benda yang paling akak tak suka pulak ekkk... 'fenatler akak nak mikirnyer makincik wehhh'

1. Susunan hanger @ penyangkut baju
Haa, jangan gelak.. tutup mulut tu.. yer uols... akak amat pantang kalau susunan hanger dlm almari mahupun dalam baldi tak sama kalernyer.. 'humang dalam baldi pun berkira' . Untuk dalam almari, kaler hanger akak utk baju kurung atau kebaya atau yang sewaktu dengannya adalah hanger kaler hitam.. 'diulang kaler hitam sahaja' tidak ijo, tidak merah... utk blouse pulak hanger mesti kaler merah.. baju2 asben akak pulak hanger mesti kaler kuning. So kalau kuning tetiba pegi ke hitam, hitam pegi ke kuning.. akak akan sentap @ naik hangen tak semena-mena. Yang dalam baldi tu pulak hanger yang akak gunakan untuk keringkan baju. Pun ada 2 kaler, oren ngan biru.. so bila susun tu mesti oren.. oren jer.. takleh campur2 kaler.. serabut la kepala kalau tengok campur2 kaler tu.. asben akak dah faham sesangat dah.. bila akak jeling jer ke hanger2 tu, mesti ada kaler yang tak betoi..

2. Susunan baju
Yang ni tatau ler sejak bila akak berkiranya.. kalau sidai baju ke.. lipat baju ke.. akak akan make sure kalau lipat baju tu mesti samaaa jer saiznyer.. takleh terlebih besar atau terkecil.. mesti samaaa jer.. kalau sidai kain pulak... dari yang paling panjang hingga yang ke paling pendek.. mesti ikut saiz kepanjangan 'habislah bahasa melayu akak rosakkan arini'. Tapi bab lipat kain tu akak rasa akak dah terbiasa tengok mak sedara akak [arwahnya] kot, sebab dia kalau lipat kain mesti sama saiz, siap lipat balik kalau tak betoi.. mak akak sampai la ni tak kuasa nak lipat kain, sebab akak akan bukak dan lipat balek sampai sama saiz dan tersusun.. 'ni dah kira kronik ke makincik? Belum lagi kan?'

3. Akak paling tak sukaaaa pada ular, lipan ngan cacing
Korang ingat tak masa kesah ular2 besar dulu tu.. alaaa masa citer Anaconda tengah famos dulu tu.... pehtu banyak plak citer orang jumpa ular beso2 kat kebun getah la.. kat ladang la.. 'masa menaip ni akak dah jenguk2 kat bawah meja ni, takut2 ada ular, bleh gitu?' Ada sekali tu, tetengah akak jenjalan kat opis nak distribute barang, tetiber kawan akak buat bunyik ular, haa kau.. akak menjerit tak hengat... satu department dok tengok kat akak... cacing tu pulak akak geli 'nak menaip nama cacing jer akak dah meremang bulu roma'. Lipan tu plak akak takut aaa.. kalau nak ikutkan lipan tu bukannya beso pun kan.. tapi tobat akak tak berani uols.. akak lebih rela jerit tak hengat dari nak pi ambek pisau ke parang ke nak bunuh lipan tu.. 'humang parang uols'

4. Apa2 yang berkaitan dengan air 'kecuali air minuman'
Sungai mahupun laut... akak suka tengok jer, tapi nama akak nak terjun mandi.. jangan ko harap. Tengok laut jer kengkadang akak leh rasa macam nak lemas.. inikan pulak nak mandi.

Lagi satu, bath tub.. kalau duduk kat otel takder bath tub akak tak kecit ati uols.. kalau ada tapi tak berani nak guna.. wat mendernyer.. pakai shower jer.. tu pun kengkadang leh rasa nak lemas gak..

Air terjun akak suka, tapi suka dok tepi sambil rendamkan kaki kat dlm air. Mandipun make sure airnya takleh lebih dari paras peha... muahahaha.. takat pinggang kalu, akak blah dulu.

Swimming pool, lagi ler akak tak menat, kalau adapun akak layan yang kekanak punya.. nak bagi jangan malu sangat akak bawak ler anak sedara akak yang kekecit tu.. kekonon layan dia org, tapi sebenarnya akak yang nak main.. muahahaha... 'yayyy... dah no. 4, bila nak abis ni'

5. Ambil barang tak reti nak letak elok2
Akak ni memang pelupa, tapi satu jer yang akak akan selalu ingat. Kalau ada orang sentuh barang2 akak, insyaAllah akak akan notis punya. Dahler pinjam barang kira tak bagi tahu, pehtu letak sesuka hati sesedap rasa dia jer kan.. sure akak akan sentap pehtu hangen tak hengat punya..

Alhamdulillah, abis gak mender alah ni... lepas ni kalau ada masa akak nak citer pengalaman akak 'jalan2 cari banjir' di Johor. Pehtu hobi terbaru akak iaitu main futsal... tapi tatau ler bilanya.. idea payah nak datang...

Friday, January 05, 2007

5 Januari 2007.... Ermmmm

You all pernah tak rasa irritating tahap dewata, pehtu bertukar jadi kelakar...? pelik kan bunyiknya..


Kat opis akak ni, dah sah2 akak duduk kat HR, ekceli menumpang jer.. sementara nak nunggu department baru siap di renovate di tingkat 11, ler ni akak kat tingkat 8... so pepaham jerlah bila awai2 tahun ni.. apa lagi org2 HR sibuk dengan KPIs la.. appraisal laa...

Mesti korang tertanya2 apa kejadahnya KPI itteww.. KPI ialah Key Performance Indicator.. sistem yang menentukan samada kita ni buat kejer mengikut target yang telah ditetapkan ataupun sepanjang tahun kita ber yahoo messenger jer kekdahnya, idakpun asek 'bertandang' ke blog oghanggg jer... 'errr akaklah ittew..'

Tapi sebenarnya yang akak nak citerkan kat sini ialah... ada sorang staff kat sini, kejer dia doklaaaa explain macam mana nak key-in KPI tu.. soklan2nya akak rasa sure sama sebab dia jawabpun lebih kurang samaaa jer.. bila dah hari2 kita dengar dia dok explain benda2 yang sama, akak sendiri pun rasa2nya dah boleh hafal, tu yang rasa 'irritating' tu.. bukan ke staff tu.. tapi manusia2 yang menalipon tu.. bukan takder training.. ada.. tapi takmo pegi.. dah tu kalau dah 2-3 kali explain tak reti2 gak.. tak reti2 ke nak ngadap sendiri.. jumpa depan2.. settle sampai habis..! errr macam yang akak buatlah.. :) ... walaupun akak pegi training tu.. tapi disebabkan boss akak dah takder dan sebelum ni akak memang takder KPI2 segala ni.. tetiber tahun ni kena buatler plak... 'sedihnyerrrr' tu yang akak mengadap sampai sudah... tapi sistem ni pun buat oghang hangen gak.. nak settle segala2 ada 3 steps uols.. bukan 1... bukan 2.. tapi 3 ya deknon... pehtu kalau in between ada argument.. kenaaa buat balek.. kalau buat secara manual, akak rasa lama dah siapnya..

Errr... tu jer la citer akak.. hehehe.. sib bek esok coti.. yayyyyy boleh nengok tv sampai muntah ijo!

p/s: staff tu nama dia Murni, so bila dia explain tu terus akak teringat cikgu murni dlm citer P Ramlee tu, lupa lak citer apa ekk...

Wednesday, January 03, 2007

Rabu, 3 January 2007

Hari ni hari pertama akak bekerja di tahun 2007. Akak tak amek coti, sebab takder saper yang akak nak hantar ke sekolah. Ramai kawan2 akak yang amek coti arini sebab nak hantar anak2 dia orang pi sekolah.. tak kiralah sekolah rendah mahupun menengah...

Seingat akak yang memang selalu pelupa ni kan, zaman akak sekolah dulu, mak akak hantar akak pi sekolah masa hari pertama jer uols! darjah satu lagi... Itupun sebab mak akak nak bayar yuran sekolah.. hari kedua akak main ikut jer saper2 yang jalan kaki pi sekolah.. so pagi2 berderet2lah we all jalan kaki ramai2.. 'masa tu mana ada org nak kidnap2 ni'.. yer laa, jalannya pun strettt jer.. tapi lebih kurang sebatu jugaklah akak kena jalan kaki.. 'masa tu tak tau lagi sesat-barat'.. sekarang ni bertuahler kalau akak nak jalan kaki.. 100m pun dah membebel penat..

Arini juga akak telah ditransferkan ke department lain secara officialnya.. tapi cubicle still tempat yang sama sehingga diberitahu untuk berpindah.. tatau ler ke tingkat 13 atau 11.. sejak ex-boss akak blah, dah 2 kali akak dapat surat transfer.. 10 tahun kejer tak penahpun dapat surat transfer.. sekali dah dapat.. asek kena transferrrr jer.. lepas ni tatau ler nak ditransferkan ke mana plak.. :(

Yang bestnyer arini.. akak pegi kejer ngan beg baru pemberian asben akak.. 'ni tulis blogpun sebab nak mention pasai beg tu ler' lupa plak nak amek gambo. Kalau akak rajin esok akak aplod gambo beg tu.. beg tu takler cantek manapun.. tapi disebabkan asben akak tu payah beno nak bagi barang kat akak.. tak cantek mcm manapun akak tetap amekkkk jugak.

Yesss.. masa untuk balek.. cukupler akak melalut untuk arini..

Nota kaki, tangan dan badan: Tahun 2006 telah selamat meninggalkan kita.. bagi akak tahun 2006 terlalu banyak kenangan pahit dari yang manis.. tak sanggup rasanya nak diingat balek.. moga2 tahun 2007 ni membawa seribu keindahan dalam hidup akak 'aminnnnn'